Dek Wan Berjaya Raih Pingat Emas Meskipun Dijangkiti Demam Denggi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semangat juangnya yang kuat ternyata tidak menghalang atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad beraksi termasuklah ketika dijangkiti demam denggi.

Menurut Astro Awani, atlet berasal dari Perlis yang lebih mesra dipanggil Dek Wan itu membuktikan dirinya sama sekali tidak gentar selepas berjaya meraih pingat emas dalam acara 300 meter T36 (celebral palsy).

Sumber: Twitter

Dek Wan melakukan aksi pecutan pada 50 meter terakhir dengan catatan masa 26.03 saat meninggalkan pesaing dari Indonesia, Muhamad Agung Laksana di tempat kedua dengan catatan masa 26.20 saat.

Dek Wan yang berjaya mengharumkan nama negara itu akui berasa sangat gembira dan melahirkan rasa kesyukuran di atas kemenangannya.

Sumber: Twitter

“Saya gembira dapat bagi emas untuk negara. Saya datang hari ini dengan pelbagai nasihat doktor dan jurulatih, saya tahu mereka risau tapi emas ini penting untuk saya.”

Sebelum ini, Dek Wan telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada dua acara iaitu 100 meter dan 400 meter T36 selepas keluar daripada hospital kerana masih belum pulih sepenuhnya.

Meskipun netizen berbangga dan gembira dengan kejayaan ini, masih ramai yang turut berasa risau dengan tahap kesihatan Dek Wan yang masih kurang sihat semasa acara tersebut dijalankan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ramai netizen menzahirkan rasa terharu mereka di atas kemenangan Dek Wan dan berpendapat bahawa semangat yang tinggi di dalam diri atlet itu benar-benar luar biasa. Betul tu!

“Tahniah Dek Wan. Bangga dengan semangat anda walaupun kesihatan kurang baik. #kitasamahero”

“Tahniah Wan. Demam-demam pun laju. Semoga cepat sembuh ya.”

“Tahniah. Walaupun demam tetap dapat emas. Alhamdulillah. Salute!”

Sumber: Twitter

Difahamkan, Dek Wan kini sedang dalam pemantauan pasukan perubatan Institut Sukan Negara (ISN) bagi mengelakkan daripada terjadi insiden yang tidak diingini.

Terima kasih untuk emas itu, Dek Wan! Anda sememangnya kebanggaan negara!

Baca: Atlet Hamil 5 Bulan Raih Pingat Emas di Sukan SEA, Dikritik Netizen Kerana Membahayakan Kandungan

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!