in ,

Atlet Hamil 5 Bulan Raih Pingat Emas di Sukan SEA, Dikritik Netizen Kerana Membahayakan Kandungan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan wanita yang hamil pasti akan membataskan pergerakan dan aktiviti seharian namun bagi atlet ekuestrian negara, Quzandria Nur Mahamad Fathil dia bukan sahaja membuktikan wanita hamil boleh bersukan tetapi juga berjaya meraih pingat emas untuk Malaysia di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017!


Menurut Berita Harian, Quzandria, 35, kini sedang hamil 5 bulan telah membuat kemunculan membanggakan apabila memenangi emas dan menewaskan abangnya Qabil Ambak meskipun dalam keadaan fizikal yang sebegitu.

Sumber: Harian Metro

Persembahan wanita itu telah membuatkannya meraih 152.029 peratus mata dalam dua peringkat manakala abangnya  pula meraih 149.547 peratus sekaligus membolehkannya merangkul pingat perak. Pingat gangsa dirangkul oleh atlet Singapura, Caroline Chew yang meraih 145.988 peratus.

Menurut Quzandria, ketika menjalani latihan dan bertanding, dia sentiasa fokus dan yakin bahawa kandungannya bukanlah penghalang untuknya mencapai matlamat.

Sumber: Berita Harian

Bagaimanapun, kemenangan atlet negara ini bukan hanya mendapat respon gembira dari netizen tetapi juga reaksi negatif. Ada yang menyatakan rasa bimbang dan menegur tindakannya meneruskan latihan dan perlawanan meskipun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan.

“Kalau aku jadi suami dia memang aku tak bagi keluar rumah. 5 bulan pun masih sensitif kandungan terhenjut-henjut. Macam-macam risiko selepas kelahiran pun boleh terjadi.”

“Berapa banyak pingat yang nak dihadiahkan untuk negara sampai sanggup risikokan anak dalam perut?”

“Ini yang dikatakan manusia takde otak. dah 5 bulan tu, jangan la buat perkara berat. Kalau keguguran nak salahkan siapa tu eh?”

Pelbagai reaksi negatif diberikan dan diluahkan oleh netizen meskipun Quzandria sudah pun membuktikan kebolehannya sehingga berjaya menyumbang pingat emas kepada negara.

Sumber: NST

Namun begitu, janganlah anda semua risau kerana Quzandria sendiri akui telah mendapatkan nasihat dan pandangan dari doktor berkenaan keadaan kandungannya.

Wanita berani ini malah menganggap pingat yang dimenanginya itu merupakan tuah anak yang bakal dilahirkan dalam masa 4 bulan lagi.

“Saya mendapatkan nasihat doktor sebelum Sukan SEA ini dan akhirnya memutuskan untuk bertanding.”

“Mungkin kandungan ini membawa tuah kepada saya. Namun segala-galanya lebih mencabar hari ini dan kemenangan ini membuatkan ia lebih bermakna.”

Sumber: NST

Meskipun ramai yang mengkritik dan memandang serong dengan tindakannya, masih ramai netizen yang mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa kagum mereka dengan kekuatan, kebolehan dan keberanian Quzandria yang memutuskan untuk bertanding.

“Tahniah! Semangat yang membanggakan. Harap anak dalam kandungan selamat, malah mungkin mewarisi sifat kesukanan yang tinggi.”

“Hebat, tahniah! Walaupun mengandung 5 bulan masih mampu menyumbangkan dua pingat emas.”

“Itulah kekuatan wanita yang sebenarnya. Walaupun dalam keadaan hamil 5 bulan, masih lagi mampu menyumbang emas pada negara. Mesti suami dia bangga.”

Jangan la negatif sangat, doa je yang baik-baik. Yang penting, dia dah buktikan kebolehan dia dan sumbang pingat emas untuk negara. Semoga anak mewarisi semangat kesukanan tinggi yang dimilikinya!

Baca: Dua Lelaki Punjabi Bermain Dhol di Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA Dapat Sambutan Orang Ramai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.