in

Dato’ Vida Sedar Suaranya ‘Ke Laut’, Ingin Belajar Vokal dan Cabar Diri Nyanyi Lagu Balada

Vi2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Dato’ Vida bukan sahaja terkenal sebagai seorang usahawan kosmetik yang berjaya, malah dia kini turut digelar sebagai penyanyi selepas kejayaan single pertamanya I Am Me yang tular di seluruh pelosok negara. Sehingga hari ini, klip video I Am Me versi lirik Vida telah mendapat lebih 9 juta tontonan di laman Youtube.


Walaupun menerima pelbagai kritikan daripada netizen gara-gara terlalu menunjukkan kekayaan dalam klip video muziknya yang terdahulu, Vida tidak pernah ambil pusing dengan kata-kata negatif yang dihamburkan kepada dirinya. Baginya, I’m a diva, living la vida!

Vi2
sumber: youtube

Terkini, Vida dikatakan mahu memperbaiki nyanyiannya dengan menghadiri kelas vokal bersama penyanyi Hazami, lapor Harian Metro. Hal ini bertujuan bagi membuat persediaan untuk single kedua berentak balada yang mungkin akan dilancarkan pada tahun depan. Wah, ada single kedua pula?

Menyedari bahawa kemampuan vokalnya tidak begitu baik, Vida tidak mahu berada di takuk lama dan mahu melihat perubahan pada vokalnya dalam lagu kedua itu nanti. Oleh sebab itulah dia memilih untuk mengambil kelas vokal supaya peningkatan nyanyiannya dapat diperbaiki.

Saya akui vokal tidak bagus, kalau menyanyi pun pasti ‘ke laut’. Apabila mahu menghasilkan lagu kedua, saya perlukan pembaharuan dan peningkatan dari segi nyanyian.”

Vidaa
sumber: harian metro

“Memandangkan single kedua ini berentak balada, saya perlukan kelas vokal kerana mahu menyanyikan nada tinggi mengikut kemampuan diri,” tambah Vida lagi.

Vida dikatakan telah bertemu dengan Hazami dan menyatakan hasratnya untuk mempelajari vokal. Pun begitu, Hazami kini sibuk dengan program Gegar Vaganza 4 dan tidak dapat menunaikan hasratnya itu dalam masa terdekat ini. Lepas GV lah rasanya baru Dato’ Vida boleh belajar menyanyi…

Fafafa
sumber: nst

Saya yakin lagu ini boleh pergi jauh seperti single pertama. Saya pilih lagu balada kerana minat lagu jiwang atau berentak ala 90-an. Kalau berkaraoke pun, saya pilih rentak ini.”

Dalam pada itu, Vida turut memuji lagu nyanyian Aliff Syukri dan Nur Sajat, rakan usahawannya yang juga telah melancarkan single terbaru mereka baru-baru ini.

Semoga Hazami cepat-cepatlah dapat ajar vokal pada Dato’ Vida. Tak sabar pula rasanya nak dengar lagu balada Dato’ Vida. Agak-agak boleh tular seluruh Malaysia macam I Am Me tak?

Baca: “Saya bukan nak riak…” – Dato’ Vida Dedah Kos Pembikinan Klip Video Cecah RM1 Juta

Dwdwdw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.