in

“Saya bukan nak riak…” – Dato’ Vida Dedah Kos Pembikinan Klip Video Cecah RM1 Juta

Vida Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Saya bukan nak riak..." - Dato' Vida Dedah Kos Pembikinan Klip Video Cecah RM1 Juta
Loading
/

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sering menjadi tumpuan netizen dengan setiap barangan mewah miliknya serta kehidupan sehariannya memandangkan DSV sendiri gemar berkongsi di laman sosial.


Terbaru, penyanyi lagu ‘I Am Me’ itu dikecam netizen gara-gara terlalu menunjuk kekayaannya. Mereka berkata begitu selepas video DSV baring di dalam tab mandi ditimbuni wang tunai sehinggakan dilabel ‘riak’ dan lupa pada Tuhan.

Menyedari video itu menjadi bualan dan dikritik netizen, DSV kemudian memberikan penjelasannya tentang pembikinan muzik video tersebut.

“Saya minta maaf andai video itu keterlaluan. Saya sebenarnya tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk. Sebenarnya ini cara saya berkarya, saya cuma mahu hasilkan video klip termahal di Malaysia.

“Lagu seperti rentak PSY tapi saya nak lawan Taylor Swift dan mahu setanding dengan level Katy Perry.”

Giphy 2 3

Wanita berusia 46 tahun itu melalui Astro Gempak menjelaskan bahawa dia mahukan kelainan dalam klip video menyebabkannya sanggup melabur duit yang agak banyak untuk menanggung kos pembikinan, kostum dan barang kemas.

“Saya bukan nak riak tetapi mahu ekspresikan lirik ‘living lavida’ yang berkaitan dengan duit. Ini kerana bila bercakap fasal duit, memang menarik minat orang.”

Bukan itu sahaja, DSV turut mendedahkan bahawa kos pembikinan klip video tersebut mencecah hampir RM1 juta!

Giphy 4

“Kos keseluruhan hampir sejuta. Saya membeli khas barang kemas untuk dipakai ketika penggambaran. Bukan apa, ini konsep yang ingin ditonjolkan sesuai dengan lirik lagu.

“Kos pembikinan mencecah RM180,000, pakaian dan prop RM80,000, prop tambahan RM30,000, cincin berlian RM300,000 dan beberapa barangan kemas lain bernilai ratusan ribu.”

Dsv 2
sumber: mmo

Menurutnya lagi, muzik video yang sedang dalam proses pembikinan itu sangat mewah dan luar biasa. Duhhhh!

“Semua elemen kemewahan yang didambakan ramai orang ada dalam muzik video ini. Apa saya boleh katakan, ia memang menarik dan tidak sabar menunggu hasilnya”

Muzik video arahan Ghaz Abu Bakar itu dikatakan bakal dilancarkan pada hujung bulan ini. Tak sabarnyaaaa. Huhu

Selain itu, DSV juga turut mengumumkan bahawa dia berniat untuk melelong cincin rama-rama digayakan di dalam klip video itu yang dibeli dengan harga RM400,000.

Cincin
sumber: mmo

Ada sesiapa nak beli tak? Pergi contact DSV. Mungkin DSV peminat Taylor Swift kot? Hmm…

Baca: Dato’ Vida Terima Resume Jejaka Scotland dan Finland Berhasrat Memperisterikannya

Vida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.