in

“Datang nak makan je” – Warga Emas Datang Naik Bas Dilarang Masuk Mall, Alasan Guard Ni Buat Ramai Bengang

Fi Mall

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita pergi membeli barang atau melepak dimana-mana mall yang ada. Sejak pandemik Covid-19 ini, kemasukan untuk masuk ke sesebuah pusat membeli-belah turut diperketatkan.


Namun, baru-baru ini tular di media sosial dimana seorang pakcik tua telah dilarang dari memasuki sebuah pusat membeli belah.

Perkara ini telah dikongsikan di aplikasi TikTok dan mendapat perhatian dari ramai netizen.

 

Datang nak makan je

Menurut seorang wanita, dia yang ketika itu hendak masuk ke dalam pusat membeli-belah itu ternampak warga emas itu berdiri seorang diri diluar.

Kemudiannya, dia terus datang ke pakcik itu dan bertanyakan kenapa. Lalu pakcik itu memberitahu yang pengawal keselamatan dekat situ tak bagi masuk. Pakcik itu turut memberitahu dia tinggal sendirian dan datang kesana menaiki bas. Hajatnya adalah hanya untuk makan di restoran kegemarannya.

Tidak sampai hati melihat situasi itu, wanita itu terus berbincang dengan pengawal keselamatan yang menjaga di pintu tersebut. Tapi apa yang memeranjatkan, alasan yang diberi oleh pengawal keselamatan itu dianggap tidak munasabah.

Menurutnya, warga emas itu tidak dibenarkan masuk kerana tiada yang memantau dan takut menyebabkan kesusahan jika ada apa-apa yang tidak diingini berlaku pada dirinya.

 

@fidarosly

Uncle ni tak boleh masuk mall. Guard cakap takut dia jatuh, so susah. Sejak bila warga emas x bole masuk mall eh? Kesian uncle??

♬ Kolybel naya – fiisayap?

Selepas berbincang dengan elok, dia dibenarkan masuk. Wanita tersebut menemani pakcik itu menaiki lif dan sempat menghulurkan sedikit wang belanja untuk dirinya

 

“Banned security tu”

Meninjau ke ruangan komen , ramai bersimpati dengan apa yang terjadi kepada pakcik itu. Ada yang marah kepada pengawal keselamatan itu dan ada yang menzahirkan rasa syukur kerana pakcik itu dibantu.

Reak Mall 1 Edit

Reak Mall 4 Edit

Reak Anak 2 Edit 1

Reak Mall 3 Edit

Reak Mall 5 Edit

 

Hmm kita doakan supaya pakcik itu sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan

 

Baca : Saksi paling comel dalam sejarah; Kucing Dibawa Ke Mahkamah Sebagai Saksi Kes Warga Emas Memukulnya Sehingga Lumpuh

Foot Mall

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.