Disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, tempat-tempat yang biasanya bergantung kepada pelawat untuk survive adalah antara perniagaan yang terjejas teruk apabila dorang terpaksa menutup kedai.
Menurut BBC, zoo-zoo yang biasanya penuh sesak dengan orang terutamanya semasa hari cuti sekarang sedang alami kerugian dan meminta sumbangan orang bagi memastikan dorang boleh terus beroperasi.
Bahkan, seorang pengarah Zoo di Jerman mengakui yang dorang mungkin terpaksa beri haiwan di dalam zoo makan sesama sendiri sebagai jalan terakhir.
Kami dah senaraikan haiwan mana yang perlu kami sembelih dulu.”
Pengarah ini berkata, membunuh beberapa haiwan bagi memastikan haiwan lain dapat hidup mungkin adalah jalan terakhir mereka walaupun ianya tak dapat nak selesaikan masalah kewangan yang dorang hadapi.
Kalau sampai masanya, saya terpaksa matikan haiwan-haiwan ni dari biarkan dorang kelaparan.”
Disebabkan oleh lockdown, zoo ini bakal mengalami kerugian sebanyak RM832,000. Kerana itu, beberapa zoo di Jerman telah bersatu meminta kerajaan untuk memberikan bantuan.
Tak seperti perniagaan lain, zoo perlu mendapat pendapatan berterusan kerana dorang perlu memberi makan dan menjaga kebajikan haiwan-haiwan dalam jagaan mereka ini.
Sedihnya…
Baca: Wanita ‘Diserang’ Jaguar Di Zoo Lepas Cuba Panjat Pagar Untuk ‘Selfie’