Wanita ‘Diserang’ Jaguar Di Zoo Lepas Cuba Panjat Pagar Untuk ‘Selfie’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Memang excited bila pergi zoo kan? Kalau boleh nak selfie dengan semua binatang dekat sana. Tapi, tak semestinya bila semua haiwan kat dalam tu dah kena kurung, korang boleh sukahati je nak ambil gambar dekat-dekat.

Macam apa yang terjadi pada wanita ini apabila dia ‘diserang’ jaguar lepas dia panjat pagar ketika cuba ambil selfie pada jarak yang dekat.

Seorang saksi Adam Wilkerson, menceritakan tentang kejadian yang berlaku di Wildlife World Zoo di Litchfield Park, Arizona, AS menurut Metro News.

“Saya nampak jaguar tu mencengkam tangan wanita tersebut dan wanita itu hanya mampu memegang tangannya yang diserang untuk menahan sakit dan dia pada masa yang sama dia menronta-ronta untuk keluar.

“Saya berlari ke tempat kejadian bila saya dengar bunyi jeritan dan ibu saya cuba untuk alih perhatian jaguar dengan botol air plastik. Bila ibu saya letak botol air melalui pagar, barulah jaguar melepaskan tangan wanita itu.

“Kalau bukan sebab tindakan pantas ibu saya, jaguar tak akan lepaskan tangan wanita itu.”

Serangan ini telah meninggalkan luka yang dalam pada lengan wanita ini dan dia dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Siapa suruh galak sangat berselfie?

Kerana tindakan yang agak ‘pandai’ dari wanita ini, dia telah dikritik dan ramai netizen mengharapkan jaguar tersebut tak diapa-apakan kerana ia hanya cuba mempertahankan diri selepas kawasannya diceroboh.

“Tolong pastikan tak ada apa-apa yang akan terjadi pada haiwan ini hanya kerana sikap bodoh wanita ini.” kata salah seorang pengguna Twitter.

Pihak zoo kemudian membalas sikap prihatin netizen dengan memastikan mereka tak akan melakukan apa-apa tindakan pada jaguar tersebut.

“Kami janji tak akan ada apa-apa yang berlaku kepada jaguar itu. Dia adalah haiwan liar dan penghadang yang selamat telah diletakkan untuk memastikan keselamatan pengunjung – bukan salah haiwan liar bila ia diceroboh. Bagaimanapun, kami tetap mendoakan wanita ini dan keluarganya.”

Nasib baik wanita ini sedar akan kesilapannya dan telah pun memohon maaf kepada pihak zoo atas tindakannya.

Dia juga tak selesa apabila media menggunakan perkataan “jaguar menyerang” kerana jaguar ini tak menunjukkan sikap agresif sebelum dia sendiri menceroboh kawasan haiwan ini.

Pengajaran dari kisah ini, kalau nak bergambar tu biar berpada-pada, tengok sekeliling dulu. Jangan hanya nak gambar yang cantik badan pula binasa.

 

Baca: Kota Mekah ‘Diserang’ Ribuan Cengkerik, Ramai Bingung Ia Mungkin Petanda Akhir Zaman

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson