in

“Daripada bash aku, apa kata terima kasih kat aku!” – Dituduh Curi Perhatian, Remaja Rakam George Floyd Alami Trauma Teruk

Trauma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Remaja yang merakam aksi kejadian George Floyd yang dibunuh oleh anggota polis Minneapolis kini sedang alami trauma teruk dan sedang menjalani terapi memandangkan dia kini menjadi orang penting dalam kes ini. Lapor TMZ.


Gadis 17 tahun Darnella Frazier mengatakan dia benar-benar terkedu setelah merakam kejadian di mana pegawai Derek Chauvin menggunakan lututnya untuk mencekik George, lebih teruk lagi dia kini menjadi sasaran kritikan sejak video itu dikeluarkan.

 

Kena kecam sebab dituduh cari perhatian

Dia juga kini mengalami tekanan hebat kerana sedang menjadi sasaran media tempatan disana dan perlu berhadapan dengan wartawan memandangkan dia orang yang dapat menyaksikan kematian George secara langsung.

Peguam Darnella, Seth B. Cobin, memberitahu bahawa dia dan keluarganya tidak lagi tinggal di rumahnya di Minneapolis Selatan, memandangkan lokasi terkesbut berhampiran dengan kejadian di mana Floyd dibunuh dengan kejam.

Pihak TMZ memberitahu bahawa keluarga membuat keputusan untuk tidak memberitahu tempat baru mereka pindah kerana ingin ‘keluar’ daripada menjadi tumpuan orang asing yang selalu mengganggu mereka.

797658535Bea4D2A8029D65E29E24D71 Md

Ia juga atas dorongan daripada kejiranan mereka untuk menjauhkan diri dengan berpindah kerana mereka menjadi tumpuan utama sekarang.

Dalam masa yang sama peguam Cobin juga memberitahu sumber bahawa Darnella kini sudah berjumpa dengan ahli terapi yang pakar dalam trauma untuk ‘merawat’ mental Darnella dan ternyata ia memberi kesan positif kepadanya.

Korang boleh tonton video kejadian disini

Kini, Darnella sentiasa sibukkan diri dengan kerja sekolah. Mengenai peranannya dalam kes pembunuhan Floyd, Darnella bersama ibunya dan Peguam Cobin sudah bertemu dengan penyiasat dari Divisyen Hak Sivil FBI dan Biro Penangkapan Jenayah Minnesota pada hari Sabtu lepas untuk memberikan kenyataan mereka.

Kata Cobin, ini adalah langkah yang sangat penting bagi mereka untuk berbicara sebagai  saksi utama, dan Darnella bersedia menjalankan tugasnya.

 “Ini bukan kes mudah untuk diceritakan. Ia akan kembali ke tempat itu dimindanya dan itu bukan cara mudah untuk ingat semula. Ia sangat emosional baginya untuk menceritakan kisahnya, dan untuk kita semua mendengarinya.”

Telefon bimbit Darnella kini telah diambil oleh pihak terlibat untuk dapatkan mengekstrak video asli dan menggunakannya sebagai bukti dalam perbicaraan Chauvin.

Sumber diberitahu penyiasat cuba menghubungi saksi lain yang dilihat atau didengar dalam videonya juga.

Untuk semua yang dia lalui, kempen GoFundMe telah dimulakan untuk membantu Darnella mendapatkan ketenangan dan penyembuhan … ia berjaya mengumpulkan hampir $ 50k dalam 2 masa hari.

Baca : “Buat malu negara je lah” – Bekas Miss Universe Malaysia Dikecam Sebab Statement Tak Sensitif Tentang Protes #BlackLivesMatter Di US

Us

Sumber: TMZ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.