in

“Daripada Bagi Tambang Percuma, Baik ‘Fix’ Masalah Pengangkutan Awam”- Netizen

Page Lrt New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam (16 Jun 2022) Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan perkhidmatan secara percuma untuk semua pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL, MRT, LRT, BRT, KTM dan monorel serta bas Rapid KL selama sebulan.


Pengumuman itu dibuat bersempena dengan pembukaan MRT laluan Putrajaya fasa 1 secara rasmi pada hari yang sama. Beliau turut kongsikan berita gembira itu menerusi akaun Twitternya @IsmailSabri60.

Namun, apa yang mencuri tumpuan min apabila ramai pengguna yang kerap menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam meluahkan perasaan mereka berikutan berita tersebut di media sosial.

“Bukan tak bersyukur tapi…”

Ini kerana rata-rata mereka mengatakan bahawa daripada memberikan tambang percuma untuk sebulan, inisiatif itu boleh digantikan dengan baiki dan melakukan penyelenggaraan tren supaya masalah teknikal dapat dikurangkan.

Ini kerana, masalah kesesakan dalam tren dengan penumpang yang terlalu ramai menyebabkan orang awam mahu ianya segera diperbaiki dan dengan berita tambang secara percuma itu akan meningkatkan lagi jumlah pengguna.

Tweet 1 1 Tweet 2 Tweet 3

“Jumlah subsidi patut digunakan dengan lebih pragmatik”

Malah, pengumuman tersebut turut mendapat perhatian Presiden MUDA dan juga Ahli Parlimen Muar iaitu YB Syed Saddiq yang menyokong berita gembira itu namun beliau turut menyarankan supaya jumlah subsidi digunakan untuk tiga perkara:

“3 cadangan ini pasti dapat membantu lebih ramai penumpang untuk jangka masa yang panjang. Saya juga bersedia untuk jumpa dengan YAB PM dan bawakan isu-isu berbangkit dari masalah pengangkutan awam negara” – Syed Saddiq

Malah, ada yang mengharapkan agar tren tidak akan mengalami sebarang masalah teknikal dalam tempoh sebulan ni kerana jumlah pengguna akan meningkat sehingga menyebabkan penumpang terpaksa tunggu masa yang agak lama untuk tren seterusnya tiba.

Korang lagi sanggup untuk naik public transport ataupun drive?

Baca: [TERKINI] PM Umum Tambang Percuma Untuk MRT &LRT Selama Sebulan!

Percuma Lrt Mrt Sebulan

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.