in

[TERKINI] PM Umum Tambang Percuma Untuk MRT & LRT Selama Sebulan!

Percuma Lrt Mrt Sebulan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita gembira untuk korang yang guna perkhidmatan awam setiap hari! Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini bagi semua pengangkutan di bawah RapidKL.


Perkara ini disampaikan PM sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, hari ini, lapor Astro AWANI.

Tambang percuma ini juga akan merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.

Kita memahami tentang kesusahan rakyat terutama dengan peningkatan harga barang yang membebankan, dan kos sara hidup meningkat.

“Oleh itu, sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, saya dengan sukacitanya mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini.

“Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,” katanya.

Wah bestlah pengguna perkhidmatan awam. Free sebulan tu! 

Baca: [VIDEO] Wah! MRT 3 ‘Circle Line’ Dah Diumumkan, Ini Yang Perlu Korang Tahu

Mrt Circle Line

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.