in

Dalam Tempoh 3 Hari, Anggota Polis Hilang Ibu Bapa & Adik Disebabkan Covid-19

Ft Hilangfamily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mereka sekeluarga dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama namun siapa sangka keceriaan itu adalah Syawal terakhir buat anggota polis  Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ini.


Itulah yang terjadi kepada Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran apabila dia kehilangan 3 insan tersayang akibat Covid-19. Menurut Awani, Siti Nurul Hawana telah kehilangan kedua ibu bapanya pada hari yang sama.

Pada Jumaat lalu, dia mendapat berita kematian ibunya, Hasminah Parmin, 57, di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUKM) pada jam 4 pagi. Enam jam kemudian, dia dikejutkan pula dengan pemergian bapanya, Amran Sadon, 56, yang meninggal di hospital yang sama.

Metro1

Katanya, arwah ibu dan bapa telah disahkan positif Covid-19 pada 17 Mei selepas menjalani ujian calitan sehari sebelum itu dan tidak menolak kemungkinan mereka mendapat jangkitan dari surau berhampiran rumah.

Sepanjang Ramadan lalu mereka ada mengerjakan solat tarawih di surau berhampiran rumah kami di Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi dan kemungkinan mendapat jangkitan daripada situ.”

Selepas mengetahui mereka positif saya dan adik-beradik membuat ujian sama namun hanya adik yang disahkan positif manakala saya negatif.”

Menurut Harian Metro, ibunya dihantar ke hospital pada petang Khamis kerana keadaannya yang semakin teruk. Tidak lama selepas itu, bapanya pula mengadu sesak nafas pada sebelah malam.

Apabila saya memberitahu arwah ayah, emak semakin kritikal, tiba-tiba ayah mengadu sesak nafas sebelum kami menghubungi ambulans dan dia dihantar ke hospital sama pada sebelah malam.”

Namun mereka gagal diselamatkan dan meninggal dunia keesokannya dan yang ralatnya, mereka tidak sempat meninggal apa-apa pesanan buat saya.”

Metro3

Ketika masih bersedih dengan pemergian orang tuanya, dia menerima berita kematian adiknya, Muhammad Luqman Idham Amran, 20, yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6 pagi, semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Saya reda dengan ketentuanNya dan menganggap kematian ibu dan bapa saya pada Jumaat sebagai hari yang baik.”

Hari ini (semalam) pula, saya kehilangan adik bongsu, saya berdoa semoga roh ketiga-tiga ahli keluarga saya ini ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.”

Siti Nurul Hawana yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu turut berkata, adik ipar dan anak buahnya yang juga seorang bayi telah disahkan positif dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

Baca: “Takde keperluan, tak payah keluar rumah” – Video Pengebumian Mangsa COVID-19 Undang Simpati Netizen

1Kebumi

Sumber: Harian Metro
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.