Kehilangan seorang ahli keluarga sudah cukup memeritkan, apatah lagi jika harus menahan kesedihan apabila mendapat tahu kedua ibu bapa pergi buat selamanya. Itulah yang dilalui anak pasangan Aminah Yaakub, 59 dan Wan Yusof Wan Abdullah, 63, yang meninggal dunia akibat Covid-19 baru-baru ini.
Menurut Harian Metro, apa yang lebih memilukan buat anak-anak adalah pasangan itu pergi pada hari yang sama dan hanya 29 minit yang memisahkan ajal mereka berdua. Wan Yusof menghembuskan nafas terakhir pada 8.32 pagi di Hospital Jelebu diikuti Aminah di Hospital Tampin, Negeri Sembilan jam 9.01 pagi, 29 Julai lepas.
Dah bersedia kemungkinan bapa akan meninggal dunia – Anak
Salah seorang anak mangsa, Wan Su Emi Yusnita Wan Yusof, 39, berkongsi kisah ketika dia dan empat orang adiknya menerima berita sedih itu. Katanya, anak-anak memang sudah lama bersedia dengan kemungkinan bapa mereka meninggal dunia kerana mempunyai penyakit kronik.
Namun, turut terkejut apabila mendapat tahu ibu mereka yang berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas kaki kanan dipotong akibat diabetes, turut meninggalkan mereka pada hari yang sama.
“Abah memang mempunyai penyakit tiga serangkai iaitu jantung, darah tinggi dan masalah buah pinggang akibat diabetes malah baru keluar daripada hospital pada 16 Julai lalu.”
“Keesokan harinya (17 Julai), abah demam diikuti emak dan adik kedua, keempat serta bongsu. Melihat keadaan emak yang demam sehingga (badannya) menggigil, adik bawanya menjalani ujian saringan pada 20 Julai iaitu pada Hari Raya Aidiladha dan disahkan positif keesokan harinya sebelum dimasukkan ke hospital hari sama.”
“Sementara itu, abah pula dibawa menjalani ujian saringan pada 21 Julai, sah positif Covid-19 keesokannya (22 Julai) dan dimasukkan ke Hospital Jelebu pada 23 Julai.”
Hanya dapat tatap wajah jenazah melalui video call
Kata Wan Su Emi Yusnita lagi, hanya dia dan adik ketiganya berumur 33 tahun berpeluang untuk membuat pengecaman serta menatap jenazah ibu bapa mereka memandangkan tiga lagi adik berusia 36, 25 dan 24 tahun masih menjalani kuarantin.
“Selepas dapat tahu emak meninggal dunia, saya hilang kata-kata dan bertambah terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian abah yang rupanya pergi lebih awal.”
“Selepas dapat tahu emak meninggal dunia, saya hilang kata-kata dan bertambah terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian abah yang rupanya pergi lebih awal.”
Adik yang lain pula tidak dapat bersama jadi hanya berpeluang melihat wajah jenazah emak dan abah menerusi panggilan video. Detik itu yang membuatkan kami semua sukar mengawal emosi termasuk saya.”
Jenazah kedua-duanya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Menurutnya, anak-anak sering memikirkan tentang kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka tetapi redha kerana tidak dapat membayangkan keadaan ibu sekiranya bapa meninggalkannya kerana mereka berdua sangat rapat.
Rezeki arwah emak dan abah juga apabila pusara mereka bersebelahan satu sama lain malah ini bukti cinta mereka sehingga hujung nyawa.”
Baca: “Ibu & abg meninggal sebab Covid-19, kakak masih koma” – Video Lelaki Di Pusara Undang Sebak