in

“Takde keperluan, tak payah keluar rumah” – Video Pengebumian Mangsa COVID-19 Undang Simpati Netizen

1Kebumi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang sedia maklum, negara kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Semua pihak harus menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memutuskan rantaian pandemik ini. Untuk rekod, negara kita mencatatkan 50 kes kematian akibat Covid-19 semalam dan jumlah ini telah mencapai 200 kematian dalam masa kurang seminggu.



Semalam min ada kongsi dengan korang pasal frontliners sanggup redah hutan untuk menjalankan tanggungjawab untuk pengebumian mangsa Covid-19 mengikut SOP yang ditetapkan oleh KKM. Kali ni min nak share satu lagi video yang pengebumian mangsa dipetik dari Twitter @KKMPutrajaya.

 

Takziah untuk mangsa

Tengok video ni buat min rasa sedih dan sebak. Pada masa yang sama takut gak dengan virus ni kalau terkena keluarga di kampung, tak sempat nak ziarah buat kali terakhir. Risau!

Screenshot 2021 05 23 At 12.35.55 PmKesungguhan frontliners memang kita patut puji. Redah hutan pun sanggup, hujan apatah lagi. Terima kasih frontliners. 

Screenshot 2021 05 23 At 12.36.16 PmTugas dan tanggungjawab kita duduk rumah je. Kalau duduk rumah je boleh mengurangkan risiko kita terjangkit dan dapat meringankan beban frontliners gak. Sama-sama kita buat tanggungjawab masing-masing ye.

Screenshot 2021 05 23 At 12.36.34 PmAmiiinnn… tanggungjawab menguruskan mangsa Covid-19 bila orang lain tidak dibenarkan buat ni harus mendapat ganjaran yang setimpal. Kalau tak dapat di dunia, kita boleh doakan kebaikkan mereka di negeri abadi sana nanti. 

Ingat, lindung diri, lindung semua.

 

Baca: “Terima kasih frontliners!” Ambulans Tak Boleh Masuk, Frontliners Sanggup Usung Mangsa COVID-19 Walau Dalam Hutan

4Hutan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.