in

“Kami ibarat frontliners tak didendang” – Risau Kes Kematian Meningkat, AJK Masjid Desak Diberi Keutamaan Vaksin COVID 19

Azan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kematian 15 jemaah termasuk imam dan bilal dekat sebuah masjid di Kedah telah menimbulkan kerisauan ramai pihak hingga ada yang mendesak supaya ahli jawatankuasa (AJK) surau dan masjid diberi keutamaan untuk dapat vaksin COVID 19.


Menurut mStar, Imam II Masjid Gombak Utara, Hanif Hawari berkata, petugas masjid adalah antara kumpulan yang terpaksa berkorban dan teruskan tugas seperti biasa walaupun negara kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Solat Jumaat Pkpp 1611113505

AJK surau, imam, bilal, siak dan sebagainya, kami ni umpama frontliners yang tak didendang, bila lockdown dikenakan di seluruh negara, kami petugas masjid tetap perlu jalankan tugas, azan tetap terus dilaungkan tak boleh berhenti. 

“Baru-baru ni saya ada menerima usul daripada pihak berkuasa agama Islam (Selangor) menetapkan supaya penggali kubur dan tukang mandi jenazah untuk menerima vaksin terlebih dahulu. 

“Kami terima, tapi kami tertanya-tanya juga bagaimana dengan nasib kami, imam, bilal? Sebab tak semua imam melakukan kerja-kerja memandikan jenazah atau pengurusan jenazah. Jadi di mana hak kami sebagai frontliners yang tidak didendang,” katanya.

Malah kata Hanif lagi, pihak berkuasa agama Islam juga telah mengeluarkan enakmen pekeliling pada awal PKP 3.0 yang nyatakan hanya AJK sudah divaksin digalakkan pergi surau atau masjid.

Tambahnya, jika sudah keluarkan satu arahan lebih mengutamakan imam atau pegawai yang telah divaksin, mengapa tiada pekeliling yang mengarahkan semua frontliners yang tak didendang ini untuk dapat vaksin dahulu?

“Kadang-kadang bila ada jenazah walaupun mereka ni negatif COVID 19, kita nak datang untuk solat pun risau. Kadang-kadang pihak waris mungkin terlepas pandang dari segi SOP, bila kita nak solat jadi takut-takut sebab kita tak tahu… virus ini kita tak nampak. 

“Bukanlah nak kata kita bergantung harap hanya pada vaksin tapi sekurang-kurangnya 50% perlindungan tu ada, selebihnya kita masih perlu ikut SOP,” luahnya.

Jenazah

 

Golongan berisiko tidak dibenar ke masjid hingga COVID 19 reda 

Dalam pada itu, pengamal perubatan swasta MBBS (UIAM) Dr Ahmad Najmee Mohd Nor berkata, walaupun semua mengikuti SOP yang ditetapkan, AJK surau dan masjid masih terdedah kepada COVID 19 selagi mereka tidak divaksin.

“Inilah padahnya apabila SOP dibuat tanpa berpandukan kefahaman sains, kebanyakan negeri membenarkan AJK untuk solat secara berjemaah di masjid tanpa mewajibkan pengambila vaksin sedangkan majoriti AJK masjid ini warga emas yang ada penyakit kronik,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook.

Salah

Tambahnya, golongan berisiko tinggi tidak sepatutnya dibenarkan ke masjid sehingga pandemik COVID 19 benar-benar reda atau sekurang-kurangnya ‘herd immunity’ telah tercapai.

Harap proses vaksinasi dapatlah dipercepatkan. Kesian pula kepada golongan yang harus keluar bertugas setiap hari ni sebab mereka berisiko tinggi terdedah dengan virus. 

Baca: Pelajar Tingkatan 5 & 6 Akan Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bermula Julai Ini – KJ

Kj 3

Sumber: BH
Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.