in

“Dalam tangan Surya ada rambut” – Individu Dakwa Teman Arwah Cerita Kronologi Pembunuhan

Collage 3

Kes pembunuhan Siti Nur Surya kini menjadi topik perbualan hangat rakyat Malaysia lebih-lebih lagi selepas orang ramai dapat tahu suspek pembunuhan merupakan rakan baik mangsa sendiri.

Ekoran ini, tular beberapa tangkap layar individu yang mendakwa teman Allahyarham menceritakan kronologi kejadian dan sebab berlakunya pembunuhan ini.

“Dalam tangan Surya ada rambut arwah”

Di dalam tangkap layar ini, individu tersebut menceritakan yang arwah telah dibunuh menggunakan cutter knife atau biasa dipanggil pisau tolak dan mata pisau tersebut patah di dalam leher mangsa. Manakala di tangan mangsa pula dikatakan terdapat rambut suspek yang ditahan.

Dia cucuk leher dengan pisau yang mata boleh patahkan tu, mata pisau dekat dalam leher Surya. Muka dia toreh, lengan putus sebab ambil gelang, rantai. Boleh tangkap sebab dalam tangan Surya ada rambut Athirah.”

123408895 1071051416676792 6786122285720606454 N

“Ugut Surya nak pinjam duit”

Dikatakan juga, punca pembunuhan adalah kerana mangsa tak mahu memberikan dia wang sebanyak RM900 untuk digunakan bagi membayar hutang.

Perempuan yang bunuh tu ada pinjam duit dengan orang, dia ugut Surya nak pinjam duit mungkin Surya tak nak bagi tu jadi bunuh.”

“Tapi bukan dia buat kerja sorang”

123139811 1071051500010117 6253634116629530137 N

Menurut tangkap layar lain, pihak berkuasa tahu suspek merupakan orang yang dikenali mangsa kerana tak ada kesan pecah masuk dan terdapat bayak kesan tapak kaki serta CCTV rumah jiran menunjukkan suspek seorang perempuan menaiki motor jenis EX5.

Dalam tangkap layar yang sama juga, dikatakan suspek mempunyai bantuan dan bukan melakukan pembunuhan sendiri.

Tak cukup dengan itu, suspek turut mengambil barangan solek milik mangsa.

123544013 1071051436676790 7256983873886974383 N

Pun begitu, fakta di atas belum mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan siasatan masih dijalankan. Admin harap kes ini dapat diselesaikan dan keluarga arwah dapat jawapan tentang apa yang sebenarnya berlaku ke atas arwah.

 

Baca: “Sembang di ruang tamu sebelum berlaku pembunuhan” – Suspek 19 Tahun Bunuh Siti Surya Direman 7 Hari

Mangsa

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook