in

“Sembang di ruang tamu sebelum berlaku pembunuhan” – Suspek 19 Tahun Bunuh Siti Surya Direman 7 Hari

Mangsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang sedia maklum, suspek pembunuhan Allahyarham Siti Surya merupakan rakan sekolah yang sama umur dengannya, berusia 19 tahun.


Terdapat kesan tikaman di beberapa bahagian badan, pergelangan tangan kiri terputus. Kejadian itu berlaku di Kampung Lubok Batu, Telemong Hulu Terengganu.

Terkini, suspek yang merupakan pelajar tingkatan 6 itu telah direman 7 hari untuk siasatan lanjut. Lapor Sinar Harian.

 

Ditahan jam 7.30 pagi semalam (2/10/2020)

871401

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan tempoh reman bermula hari ini sehingga 9 November depan terhadap suspek  untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Remaja itu sebelum ini mengenakan baju lokap berwarna ungu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Marang di sini kira-kira jam 10.10 pagi.

Suspek ditahan selepas tampil serah diri bersama ibunya ke Balai Polis Telemong Hulu Terengganu. Dia ditahan kira-kira jam 7.30 pagi kononnya untuk membentu siasatan.

 

Sembang di ruang tamu sebelum berlaku pembunuhan

Remaja tersebut merupakan rakan sekolah sejak dari Tingkatan 1 hingga 5. Hasil siasatan, Ketua Polis Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud dimaklumkan bahawa suspek ada ke rumah mangsa kira-kira jam 9 pagi dan bersembang di ruang tamu sebelum berlaku perselisihan faham sehingga tercetusnya pergelutan di antara mereka.

Tambah Mohd Adi, asil penahanan suspek, turut ditemui beberapa barangan milik mangsa dilaporkan hilang termasuk telefon bimbit, wang tunai dan kelengkapan mekap.

Hasil pemeriksaan ke atas tubuh suspek, ada beberapa kesan kecederaan di bahagian badannya. Pihaknya juga masih mengesan pisau yang dipercayai digunakan dalam insiden itu.

 

Baca : “Sebaik jenazah diusung ke ruang tamu, suami beritahu apa berlaku” –  Jenazah Siti Surya Selamat Dikebumikan Semalam

Ayahsurya

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.