in

“Dalam masjid pun nak bernafsu ke?” – Viral Video Lelaki Buat Aksi Lucah Pada Kanak-Kanak Tengah Solat

Ft Taksenonoh

Sebuah video tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki memasuki ruang solat wanita dan melakukan aksi tidak senonoh kepada seorang kanak-kanak perempuan. Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Pangkalpinang di Kepulauan Bangka Belitung pada 17 Mei lepas dan tindakan lelaki tersebut berjaya dirakam oleh kamera CCTV di Masjid Baitul Makmur berkenaan.

Ketika kejadian, lelaki tersebut telah curi masuk ke ruang solat wanita ketika solat Isya dan melalui video boleh dilihat ada seorang wanita sedang solat di depan sementara anak kecilnya menunggu di tepi.

Budak2

Lelaki itu kemudian mendekati seorang lagi anak perempuan wanita berkenaan yang sedang memakai telekung dan berada di belakang ibunya. Dia kemudian terus melakukan aksi lucah ketika kanak-kanak itu sedang berada di posisi sujud.

Menurut polis Pangkalpinang, lelaki tersebut kini sedang diburu namun difahamkan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut belum tampil membuat laporan polis.

Mereka ini pendatang singgah di masjid untuk salat Isya. Pada saat suaminya di depan dan istri bersama anak-anaknya yang masih kecil di belakang tersekat oleh tabir pemisah saf laki – laki dan perempuan, di situlah pelaku mencabuli korban dari belakang ketika korban sedang bersujud.”

Budak

Korban ini seusai salat dan sambil menangis melaporkan apa yang dialaminya kepada orang tuanya. Kemudian orang tua korban melaporkan kejadian itu ke pengurus masjid.”

Kejadian itu menimbulkan kemarahan ramai orang sejak video berkenaan mula tersebar di internet dan seorang ahli parlimen tempatan turut menggesa agar pihak berkuasa mengenakan hukuman setimpal terhadap suspek jika berjaya ditangkap.

Tonton video di sini.

Baca: “Rumah sendiri pun tak selamat dah” – Lelaki ‘Skodeng’ Perempuan Tengah Mandi Sambil Beronani

Fi Intai

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter