in

“Rumah sendiri pun tak selamat dah” – Lelaki ‘Skodeng’ Perempuan Tengah Mandi Sambil Beronani

Fi Intai

Pada masa sekarang dekat mana-mana pun keselamatan kita belum tentu terjamin. Lagi-lagi bagi kaum wanita yang sejak akhir-akhir ni sering saja jadi mangsa jenayah.

Seakan kisah kali ini, apabila keselamatan seorang wanita ini boleh dikatakan agak dalam bahaya walaupun dalam rumah sendiri.

 

Lelaki skodeng wanita mandi sambil ‘mengocak’

Baru-baru ini viral di media sosial apabila kantoi tindakan seorang lelaki ini mengintai wanita sedang mandi. Apa yang paling menjijikkan, lelaki tu dilihat mengintip sambil beronani.

Kejadian yang dimaklumkan berlaku di kondominium Platinum Hill PV5 terletak di Setapak, Kuala Lumpur, itu disedari oleh jiran mangsa yang ketika itu perasan ada seorang lelaki berdiri di luar tingkap tandas rumah jirannya.

Fi Intai 1

Jiran mangsa yang dikenali sebagai Kyra (bukan nama sebenar) menceritakan pada WORLD OF BUZZ  bahawa ketika kejadian, dia sedang baring di rumahnya sebelum ternampak seorang lelaki tengah lucutkan seluarnya.

Setelah diperhati. Kyra mendapati lelaki itu sedang beronani sambil mengintai ke dalam tandas jirannya yang berada di tingkap 3 itu.

Dia kemudiannya pergi ke rumah jirannya untuk bertanya, dan jirannya mengesahkan dia yang tengah mandi waktu itu.

“Saya keluar dan tanya pada jiran saya ada sesiapa mandi ketika itu dan dia kata ya. Dia bagitahu bahawa dia yang sedang  mandi.”

Fi Intai 3

Mereka berdua yakin bahawa lelaki tersebut adalah penduduk di kondominium itu sebab dia tahu mana tempat nak tengok, kalau pelawat mereka perlu ada akses kad untuk masuk ke tempat itu.

Jirannya kemudian terus membuat laporan polis dan membuat aduan kepada pihak pengurusan kondominium tersebut. Sehingga kini, siasatan terhadap kejadian itu masih dijalankan.

Asal masih ada lagi buat perangai macam ni eh? Kesian tahu tak, sampai dekat rumah sendiri pun dah tak rasa selamat!

 

Baca : “Mantap, anjal, ketat” – Majlis Perbandaran Selayang Robohkan Billboard ‘Haram’, Ada Unsur Lucah?

Foot Intai