in

Dakwa Selalu Dapat DM Dikeji Tak Boleh Rentas Negeri, Ini Respon Rita Rudaini

Ft Rita Rudaini Buka Mulut Isu Rentas Negeri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya, ramai yang dah alert dengan berita bahawa seluruh rakyat kini sudah boleh rentas negeri, nak dipendekkan cerita, berikutan dengan berita gembira ini, Instagram pelakon filem Mami Jarum Junior ini dihujani mesej-mesej sinis netizen.


Menerusi IG Story yang dikongsikan 6 jam (sepanjang tempoh artikel ini ditulis), Rita sendiri menyatakan perkara tersebut.

 

“Tak kisah rentas ke dine ke..”

Berikutan itu, Rita tampil memberi respon berkenaan dengan perkara ini. Katanya, bukan sahaja mengenai rentas negeri, makan di restoran juga menjadi bahan ejekan netizen kepadanya.

Kata Rita, dia persoalkan samada kedua-dua kelonggaran itu yang menjadi perkara yang perlu dibanggakan oleh mereka yang sudah mempunyai suntikan vaksin Covid-19.

“Itu je korang kesah bila bangganya vaksin? Oooo bukan korang vaksin untuk daya tahan badan korang, fahammm.”

Tambahnya lagi, dirinya tidak kisah jika keistimewaan rentas negeri dan dine in.

“Tak kisah rentas ke dine ke apa ke, yang penting syukur Alhamdulillah ALLAH jaga satu keluarga sihat walafiat, dan kecukupan rezeki.”

Katanya Rita lagi, dia kerap menghubungi ibunya yang berada di kampung halaman.

Rita Rudaini Buka Mulut Isu Rentas Negeri

Terdahulu, nama Rita Rudaini dan Zul Yahya menjadi bahan bualan topik netizen di media sosial selepas kerajaan telah mengumumkan bahawa seluruh rakyat Malaysia dibenarkan untuk rentas negeri, lapor Gempak.

 

Baca : “Hebat tak cinta daddy & mommy?” – Anak Teruja Dengar Kisah Cinta Rita Rudaini & Bekas Suami

Rita Rudaini Buka Mulut Isu Rentas Negeri 2

 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.