in

Dakwa Pernah Didera Kerabat Diraja Kelantan, Ini Wajah Terbaru Manohara

Page 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat tak suatu ketika dulu kecoh satu Malaysia bila Kerabat Diraja Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra didakwa mendera isterinya pada ketika itu seorang model muda dan cantik Indonesia, Manohara Odelia Pinot.


Kes ni jadi buah mulut ramai lepas ibu Manohara mendakwa ada kesan seterika kat dahi anak perempuan dia. Bukan tu je, katanya ada kesan luka jugak kat bahagian dada Manohara. Ibu Manohara jugak cakap yang anak dia kena dera secara emosi, mental dan seksual sepanjang sembilan bulan perkahwinan dengan Tengku Fakhry.

Dengan pertolongan kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat, Manohara larikan diri ke Jakarta dari Singapura. Lepas tu rakyat Malaysia dah tak ada dengar berita pasal dia lagi dah walaupun ada khabar mengatakan yang dia berlakon sinetron.

Hampir 10 tahun tak dengar cerita, penampilan terbaru Manohara ni ternyata menarik perhatian ramai. Kalau tengok kat laman Instagram miliknya, Manohara sekarang semakin langsing dan cantik bergaya.

Apa yang mengejutkan, Manohara sekarang katanya nak terjun ke bidang politik dan akan bertanding jadi wakil rakyat di Indonesia. Hal ni tersebar lepas Manohara muat naik satu gambar kat Instagram menunjukkan dia pakai baju parti demokrat Indonesia, Nasional Demokrat (Nasdem).

Dalam gambar tu ada dua orang lagi tokoh politik terkenal Indonesia iaitu Presiden Joko Widodo dan Ketua Umum Nasdem, Surya Paloh. Manohara dijangka akan bertanding di salah satu kerusi di Jawa Timur. Pilihan raya umum Indonesia akan diadakan pada 17 April tahun depan.

Khabarnya penyanyi kumpulan Dewa 19 Ahmad Dhani pun bakal bertanding dalam pilihan raya tu nanti. Wah dah terjun ke bidang politik pulak. Agak-agaknya Manohara boleh menang tak nanti? Apa pendapat korang?

Baca: Masih Ingat Rosalinda? Ini Wajah Terbaru Ratu Telenovela Kegemaran Ramai 18 Tahun Dulu

Ladhlasd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.