in

“Dahlah bini abang aku baru bersalin” – Rumah Disimbah Cat Merah Gara-gara Owner Lama Berhutang 3,000 Dollar Dengan Ahlong!

Bloody

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Manusia bila dah terdesak ni mereka sanggup lakukan apa saja demi untuk melepaskan diri daripada masalah. Ini termasuklah berhutang dengan ahlong dan tinggalkan masalah hutangnya kepada orang lain yang tak ada kena mengena.


Menerusi posting di Twitter, seorang lelaki berkongsi masalah yang dihadapi abangnya apabila rumah yang diduduki mereka tak pasal-pasal menjadi ‘target’ ahlong. Tapi bukan abangnya yang berhutang dengan ‘lintah darat’ ni, owner lama rupanya yang buat ‘tahi’!

 

“Ahlong tu tak kira terlibat or not dia nak 3k dollar or dia akan buat tindakan selanjutnya” 

Menurut adik mangsa, disebabkan owner lama rumah tersebut meminjam pada ahlong, tak pasal-pasal pulak rumah mereka yang jadi sasaran sehingga disimbah cat merah. 

Lebih menakutkan, ahlong tu jenis tak kira sama ada mereka terlibat atau tidak. Tak pasal-pasal mereka dipaksa untuk bayar hutang 3,000 dolar. Weh gilalah! Sapa pulak yang baik hati nak bayar hutang orang!

Long 1

Eb2Twuoxuaezuhd
sumber: twitter

Kalau diamati nombor telefon yang diberi ahlong tu, nampak macam dia berasal dari Singapura. Uish jangan main-main ni! 

Long 2

Eb3Em3Bucaa Z8Z
sumber: twitter

 

“Ahlong jenis apa kau ni lencai. Bodo menyusahkan orang lain” 

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang dialami mangsa ni. Ramai yang kecam si penghutang yang dah menyusahkan hidup orang lain. Tak pasal-pasal pulak yang tak terlibat dapat akibat.

Susah
sumber: twitter

 

“Report polis. Pergi IPD bukan balai biasa tau. Dorang akan proceed ni kes jenayah” 

Apa-apapun ramai yang syorkan supaya mangsa buat laporan polis atau laporkan hal ini kepada PPIM. Jangan letakkan nyawa keluarga dalam bahaya macam ni.

Ppipoli
sumber: twitter

Harap janganlah ada yang berhutang dengan ahlong tu aniaya orang lain dengan cara macam ni. Kalau ada masalah, boleh saja rujuk ke pihak polis secepatnya. 

Baca: “Saya ada hutang Ah Long” – Bapa 2 Anak Tak Ada Pilihan, Terpaksa Jual Buah Pinggang Untuk Bayar Hutang

Saya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.