in

“Saya ada hutang Ah Long…” – Bapa 2 Anak Tak Ada Pilihan, Terpaksa Jual Buah Pinggang Untuk Bayar Hutang

Jual Buah Pinggang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa  hari lepas, viral satu gambar menunjukkan seorang lelaki memegang kadbod menyatakan dia mahu menderma buah pinggangnya. Lelaki tu ditemani dua anak lelakinya membuka but kereta dan duduk di belakang sambil memegang payung di kawasan parkir Masjid Daerah Seberang Prai Tengah, Bandar Perda dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Saya ingin derma buah pinggang darah jenis B.”

Buah Pinggang
sumber: facebook

 

Netizen pelik…

Tapi hal itu menimbulkan rasa pelik dan ramai netizen persoal tindakan lelaki tersebut. Kata mereka kalau betul dia nak derma buah pinggang, sepatutnya dia pergi mendaftar sebagai pengikrar untuk derma organ.

“Pelik, nak derma atau nak jual organ? Daftar je sebagai penderma organ, nanti hospital panggil jika perlu.”

“Kenapa perlu dia buat camni? Derma maksudnya bagi sahaja ke, cara ni kan salah.”

Komen
sumber: facebook

 

Rupa-rupanya…

Namun, rupa-rupanya ada kisah di sebalik niat lelaki itu untuk ‘derma’ buah pinggang dia. Menurut mStar, lelaki bernama Saiful itu berusia 31 tahun dan sebenarnya dia bukanlah nak menderma sebaliknya mahu menjual buah pinggangnya sendiri.

Dia terpaksa guna perkataan ‘derma’ sebab kalau dia tulis ‘jual’ nanti takut pula orang ingat mahu menjual anak atau organ anaknya. Bila orang datang dan bertanya barulah Saiful akan jelaskan perkara sebenar.

 

“Saya ada hutang Ah Long…”

Seperti yang kita semua tahu, tindakan menjual organ adalah satu kesalahan dan dilarang dalam agama Islam. Namun, kata Saiful dia sendiri tidak mempunyai pilihan dek kerana bebanan hutang.

Disebabkan masalah kewangan yang dia hadapi sekarang ni, dia sudah buntu dan hanya dapat fikir untuk jual buah pinggang saja.

Dua bulan lalu, saya ada hutang Ah Long sebanyak RM3,000 untuk modal bisnes jual ayam goreng di gerai dekat tempat tinggal kami. Sekarang ni, saya perlu bayar balik dekat Ah Long sebanyak RM36 setiap hari.”

Untung kasar saya antara RM50 dan RM60 sehari. Selepas tolak duit bayar Ah Long, masih tak cukup untuk sara keluarga, bayar bil dan sewa rumah serta komitmen lain.”

 

Malu minta tolong keluarga

Kata Saiful dia lebih rela jual buah pinggang sendiri daripada menanggung malu untuk minta bantuan kewangan daripada keluarganya atau keluarga mentua.

Bukan itu saja, bagaikan nasib malang berganda, IC Saiful pula hilang buat kali ketiga namun tidak mampu nak pergi ganti yang baru sebab caj bayaran kehilangan IC buat kali ketiga adalah kira-kira RM1,000.

 

 “Tak kisah berapa banyak nak bayar…”

Saya tidak kisah berapa banyak mereka nak bayar untuk beli buah pinggang saya, asalkan ia dapat menyelesaikan masalah kewangan dan bebanan hutang saya.”

Bagaimapun menurut Saiful, jika ditakdirkan dia mendapat bantuan kewangan, dia tetap akan menderma buah pinggangnya.

Tapi keadaan memaksa saya untuk menjual buah pinggang sendiri. Jika ditakdirkan saya mendapat bantuan kewangan, saya akan teruskan niat asal untuk mendermakan buah pinggang.”

Baca: “Kantoi syabu, bini lari…” – ‘Abang Delivery’ Terpaksa Menagih Dadah Sebab Nak Tanggung 4 Anak

Terpaksa Hisap Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.