in

Dah Tunjuk Bukti Tapi Penolong Editor Malay Mail TETAP Cakap Dr Zul Salah & Tak Nak Minta Maaf

Collage 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, akhbar Malay Mail telah mengeluarkan satu artikel mengenai Tabung #MUSAADAHCOVID19 bertajuk “Jakim lancarkan tabung Covid-19 untuk bantu orang Islam di Malaysia yang perlukan bantuan”, selepas diterjemah dalam Bahasa Melayu.


Tajuk yang kini telah ditukar ini telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak kerana menyifatkan Dr Zulkifli yang merupakan Menteri Agama berat sebelah.

Namun, Dr Zul menafikan yang Tabung #MUSAADAHCOVID19 ini hanya untuk orang beragama Islam. Malah, mufti ini mengatakan, dia telah ulang beberapa kali yang tabung ini adalah untuk mereka yang memerlukan bantuan.

Screenshot 2020 03 25 At 2.54.16 Pm

Selepas Dr Zul. meminta pihak Malay Mail untuk betulkan kenyataan dan membuat permohonan maaf, akhbar tersebut telah menukar artikel tersebut dengan tajuk baru dan mengatakan ada kesalahan dalam laporan sebelum ini namun masih belum mengeluarkan permohonan maaf.

Dekat bawah ni juga, korang boleh tengok yang Dr Zul tak ada pun cakap yang tabung tersebut hanya untuk orang Islam.

Sidang media Tabung Musa’adah COVID-19 | 24 Mac 2020

[LANGSUNG] – Sidang media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai Pelancaran Tabung Musa’adah COVID-19 pada 24 Mac 2020

Posted by Bernama TV on Monday, March 23, 2020

Disebabkan ini, ramai netizen mendesak penulis dan penolong editor Malay Mail untuk minta maaf namun, penolong editor Malay Mail, Zurairi di Twitter peribadinya telah menegaskan Dr Zul yang salah cakap dan bukan Malay Mail yang salah. Degilnyaaa

Screenshot 2020 03 25 At 3.02.36 Pm

Sekali lagi, Dr Zul menegaskan yang dia tak salah cakap dan berikan bukti.

Netizen turut sakit hati dengan perkara ini dan memuji Dr Zul yang bertindak tegas menafikan perkara ini. Berani kerana benar.

Screenshot 2020 03 25 At 3.05.04 Pm Down

Kalau minta maaf je kan senang. Sebab dah memang salah kan?

 

Baca: “Bantu dan berilah pandangan kepada saya” – Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Screenshot 2020 03 25 At 3.17.15 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.