in

“Dah suruh berhenti, berhenti je lah” – Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Selepas Sebuah Kenderaan Cuba Larikan Diri Waktu Sekatan

Combine Askar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam proses Perintah Kawalan Pergerakan ini (PKP),polis akan membuat sekatan jalan raya dibantu oleh pasukan askar agar keadaan semakin terkawal ekoran daripada sikap segilintir orang ramai yang tak nak mematuhi arahan PKP ni.


Berlaku satu kejadian di Gua Musang di mana polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan selepas sebuah kenderaan tidak berhenti di sekatan jalan raya di Kampong Panggong Lalat, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kenderaan terbabit dikejar oleh kenderaan peronda polis hingga ke jalan Kuala Lipis namun ia berpatah balik sebab terdapat satu lagi sekatan jalan raya di Kampung Tanah Puteh, lapor Harian Metro.

Tembakan itu hanya terkena tayar belakang kenderaan tersebut menyebabkan ianya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.

K

Mohd Taufik berkata, pemandu kenderaan ini berjaya melarikan diri ke dalam hutan berdekatan dengan kampung itu dan masih belum dapat dikesan.

Hasil siasatan, dipecayai terdapat lima orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang berada di dalam kenderaan tersbut. Ia terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita dan dipercayai mereka dibawa ke negeri ini.

Beliau berkata kelima-lima PATI berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sekatan jalan raya yang dilaksanakan itu berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tambahnya lagi.

Baca : “Siapa yang ingkar tu memang takde perasaan!” – [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Pasukan PDRM Buat Roadblock Walaupun Hujan Ribut

Polis 1

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.