in

“Siapa yang ingkar tu memang takde perasaan!” – [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Pasukan PDRM Buat ‘Roadblock’ Walaupun Hujan Ribut

Roadblock Angin Ribut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di Twitter sebuah video menunjukkan pasukan PDRM menjalankan tugas membuat sekatan jalan raya di Putrajaya. Video tersebut mendapat perhatian ramai kerana pasukan polis tersebut tetap meneruskan tugas mereka meskipun dalam cuaca buruk.


Dalam video itu, boleh dilihat tiga orang pegawai terpaksa bertahan ketika sedang hujan ribut. Dua daripada mereka menahan kerusi dan payung daripada terbang sambil berteduh di bawahnya. Manakala seorang lagi dilihat sedang mengangkat tanda berhenti yang terjatuh akibat angin ribut yang kuat.

 

Masuk hari ke-7 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ternyata masih ramai yang ingkar dan tidak mematuhi arahan kerajaan, lapor Berita Harian.

Tinjauan di sekitar ibu kota mendapati beberapa laluan sesak teruk hampir 1 kilometer ketika melepasi sekatan jalan raya pihak berkuasa sejak jam 9 pagi lagi.

P1

Bukan itu saja, sebuah video di Twitter menunjukkan rakaman suasana di sekitar Jalan Duta Kiara. Dalam video pendek berdurasi 11 saat itu, beberapa individu dilihat sedang jogging dan ada juga yang berbasikal seperti biasa sedangkan kita semua sudah diarahkan untuk duduk di rumah dalam tempoh perintah berkurung ini.

Come on Malaysians, we are better than this. Takkan arahan semudah itu pun susah nak ikut? Jangan pentingkan diri atau tidak ambil peduli ye sebab ini adalah saat yang getir dan situasi ini sangat serious!

Baca: “Wira tak didendang”- Polis Ceritakan ‘Struggle’ Yang Dorang Terpaksa Hadap Masa Perintah Kawalan Pergerakan

Feat 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.