in

“Dah sejam pun tak nak panggil bomba” – Keluarga Terperangkap Dalam Lif Pada Hari Raya Pertama

lif 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kegembiraan umat Islam yang lain menyambut hari raya pada 1 Syawal yang lalu, satu keluarga berdepan detik cemas apabila mereka dipercayai telah terperangkap di dalam sebuah lif pada hari tersebut.

Ada warga emas, kanak-kanak

Satu video yang tular di X memaparkan beberapa orang individu termasuklah warga emas, orang dewasa serta kanak-kanak telah terperangkap di dalam sebuah lif. Pun begitu, tidak dapat dipastikan di mana kejadian itu berlaku.


Mereka yang berada di dalam lif tersebut telah menekan loceng kecemasan untuk meminta bantuan pihak pengurusan bangunan dan perlu menunggu seketika. Dalam pada itu, kanak-kanak yang berada dalam lif berkenaan juga menangis mungkin terlalu panas dan terpaksa berhimpit.

Artikel berkaitan: “Bila check, ada orang” – Bomba Selamatkan 3 Warga Emas Terperangkap Dalam Lif Masjid Hampir 1 Jam

Artikel berkaitan: “Scariest moment ever” – Gadis Kongsi Pengalaman Terkena ‘Anxiety’ Lepas Terperangkap Dalam Lif

Mujur juga salah seorang daripada mereka masih boleh berhubung dengan ahli keluarga lain melalui aplikasi WhatsApp dan mengemaskini keadaan dari semasa ke semasa.

Terperangkap lebih 1 jam, pengurusan tak panggil bomba

Hampir 30 minit, masalah itu masih tidak dapat diselesaikan oleh pihak pengurusan. Jadi, mereka meminta pihak pengurusan menelefon bomba untuk selesaikan masalah tersebut.

Masa ni dah nak 30 minit.. kami suruh call bomba, tapi katanya management sedang check lif. Semua dah berpeluh teruk dah waktu ni, dah sejam ya kami dalam ni! Semua dah stres sebab dah lama sangat, katanya lagi 5 minit.

Management tak nak panggil bomba ya! Bomba pun family dah call, sedang dalam perjalanan. 

Dalam masa yang sama, seorang lelaki dilihat sedang membaiki lif tersebut dari luar dan mereka yang berada di dalam itu berusaha membuka sedikit pintu lif agar udara boleh masuk dengan baik.

Akhirnya, beberapa anggota bomba telah sampai ke tempat kejadian dan mereka telah mengumpil pintu lif tersebut.

Menjengah di ruangan balas di X, rata-rata netizen kecewa dengan pihak pengurusan bangunan berkenaan yang tidak cekap mengendalikan situasi kecemasan tersebut.

lif 1 2

Alhamdulillah semua selamat..

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.