in

“Scariest moment ever” – Gadis Kongsi Pengalaman Terkena ‘Anxiety’ Lepas Terperangkap Dalam Lif

Cats 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam hidup ni, semua orang ada ketakutan dan fobia masing-masing terhadap sesuatu perkara. Ada yang takut haiwan, ketinggian, dan darah sampaikan ada sesetengahnya terkena serangan panik.

Baru-baru ni, menerusi Tiktok, seorang gadis yang dikenali sebagai Ieslah telah berkongsi pengalamannya terkena ‘anxiety’ selepas terperangkap dalam lif seorang diri.


@thepocahontas

Siapa pernah ada experience stuck in lift? That is the scariest moment ever 😫 I memang ada fear naik lift since I was little 🥺 Tak sangka benda yg i paling takut tu lah benda yg jadi 😭 Cerita dia- I nak pergi kerja, i turun lift mcm biasa, tiba2 lift bergegar dan terus stuck dkt tingkat 2 😭😭😭 I MENGIGIL & PANIC 😭😭 First thing I did was to call my mama & papa, baru call bomba. Tu pun kejap ada line, kejap takde 😭 Dalam my head, i dah fikir bukan2, especially i takut kalau platform lift ni akan jatuh. I dah siap mengucap & standby handbag dkt kepala, in case kalau i jatuh 😢 After almost an hour, i dah pengsan dan dah dibawa ke clinic. I lack oxygen dlm lift & sangat2 terkejut. Alhamdulillah, petang tadi dah balik rumah & dah sihat. Anxiety attack 😫 Before this, i refused to believe I ada anxiety. But I knew, i ada ‘benda tu’ sbb my hand selalu shaky bila i takut. Mcm mana nak hilangkan anxiety eh? P/S: Special thanks to everyone today, my papa, mama, adik, guards, bomba, abang lift. 🌹 #AnxietyAwareness

♬ original sound – ieslah 👸🏻 (poca) – ieslah 🦄 || poca 👸🏻

Artikel berkaitan: 5 Jenis Makanan Penyebab Anxiety, Nombor 2 Paling Ramai Makan!

Artikel berkaitan: “Whatsapp tak dibaca sepanjang hari” – Dr Fadzilah Kamsah Kongsi 7 Tanda ‘Anxiety’

Ceritanya, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang dalam perjalanan ke kerja dari pangsapurinya di Subang Jaya. Semasa sedang turun, lif tersebut bergegar lalu tersekat di tingkat dua bangunan itu.

Disebabkan itu, dia terus berasa panik sambil menggigil ketakutan dalam lif tersebut.

“Saya menggigil dan panik. Perkara pertama saya buat adalah menghubungi ibu bapa sebelum call bomba. Itu pun kejap ada line, kejap tiada.”

Tambahnya lagi, dia juga tekan butang kecemasan berkali-kali kerana takut kalau-kalau lif tu jatuh secara mengejut. Oleh itu, dia meletakkan handbag-nya di atas kepala sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, dia terperangkap dalam lif hampir sejam semasa usaha menyelamat giat dilakukan oleh pengawal bangunan, bapanya dan pihak bomba. Namun begitu, dia telah pengsan kerana kerisauan yang melampau.

N1 1

“Selepas hampir sejam, saya dah pengsan dan dibawa ke klinik untuk rawatan. Saya kekurangan oksigen dalam lif dan sangat-sangat terkejut.

Selepas diselamatkan, dia berasa lega walaupun telah didiagnos menghidap anxiety selepas menerima rawatan di klinik.

“Sebelum ini saya menolak untuk percaya saya ada anxiety. Tapi saya tahu, saya ada ‘benda tu’ sebab tangan saya selalu shaky bila takut.”

Video itu telah meraih lebih 200 ribu tontonan juga simpati netizen atas insiden yang berlaku ke atasnya.

Cats1 7

Moga, akak ni tetap tabah hadap ujian ni.

Sumber: TikTok, mStar

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.