in

“Bila check, ada orang” – Bomba Selamatkan 3 Warga Emas Terperangkap Dalam Lif Masjid Hampir 1 Jam

Lif 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesiapa sahaja yang pernah menaiki lif untuk ke setiap tingkat dalam bangunan, pasti pernah timbul perasan takut jika menjadi mangsa yang terperangkap di dalam lif. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu takut dengan tempat yang kecil dan sempit.


Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai tiga orang warga emas yang terperangkap di dalam lif masjid dan mereka akhirnya diselamatkan oleh anggota bomba selepas satu jam.

3 nenek berjaya diselamatkan bomba, tapi..

Menerusi video yang dimuat naik oleh @walyhashim93 memaparkan dirinya bersama anggota bomba yang lain sedang menyelamatkan tiga wanita warga emas yang terperangkap dalam sebuah lif masjid. Lif itu tersangkut dipercayai akibat panahan petir dan tiada siapa yang perasan lif itu tidak bergerak.

Artikel berkaitan: “Respek abang bomba” – Orang Ramai Puji Tindakan Bomba Lari Jalankan Tugas Walaupun Baru Masuk Waktu Berbuka

Artikel berkaitan: “Terima kasih abang bomba” – Netizen terharu, puji bomba sanggup selamatkan kucing hanyut guna bot

Alhamdulillah, tiga orang nenek berjaya dikeluarkan. Itu pun ada orang tak perasan lif tak gerak. rupanya dekat sejam dah lepas ada panahan petir. Lif terus stuck. Bila kami datang check, rupanya ada orang. Mujur nenek-nenek tu kuat. – kapsyen hantaran

Pun begitu, anggota bomba tersebut memaklumkan bahawa dua daripada tiga warga emas itu didapati sudah lemah namun masih boleh diselamatkan.

Lif 1

@walyhashim93

Alhamdulillah, 3orang nenek berjaya dikeluarkan. 😌 Itupun ada orang perasan lif tak gerak, rupanya dekat sejam dah lepas ada panahan petir. Lif terus stuck 🥲 Bila kami datang check, rupanya ada orang. Mujur nenek2 tu kuat 💪🏻

♬ suara asli – DENII – DENII

“Nasib baik ada yang perasan..”

Rata-rata netizen di ruangan komen menceritakan pengalaman mereka terperangkap di dalam lif dan masing-masing berasa trauma sehingga sekarang. Lif 2 Lif 3

Selain itu, netizen turut mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba kerana menjalankan tugas dengan baik.

Lif 4

Alhamdulillah.. mujur semuanya selamat..

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.