in

“Dah pregnant ke?” – Fattah Kongsi Nama Anak Dipilih Ketika Tunai Umrah Bersama Fazura

Fattah Cinta Fazura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagai pinang di belah dua. Itulah yang boleh kita boleh gambarkan apabila melihat pasangan merpati dua sejoli ini, Fattah Amin dan Nur Fazura. Kasih sayang di antara pengantin baru ini boleh dilihat saat tangan si suami tak lepas-lepas daripada merangkul jemari si isteri ketika mereka berdua bersama-sama.


Fattzura 2
sumber: instagram

Melihatkan kemesraan kedua-duanya, netizen dan peminat mula tertanya-tanya. Adakah Fattah dan Fazura bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi? Menerusi mStar, Fattah telah mendedahkan dua nama anak yang telah dipilihnya ketika mereka menunaikan umrah di Mekah tidak lama dulu.

Dua nama itu ialah Fatimah Aishah bagi anak perempuan dan Fath pula bagi anak lelaki. Wah sedapnya nama-nama cadangan Fattah! 

Kalau anak perempuan Fatimah Aishah, nanti kalau tengok filem Ayat-Ayat Cinta 2 ada nama watak itu.

Kalau lelaki pula saya pilih Fath iaitu ada nama Fattah dan Fazura.”

Fattzura 4
sumber: instagram

Hal ini didedahkan Fattah semasa sesi temubual di Johara Pagi Era pada awal pagi tadi (Selasa) untuk mempromosikan drama terbaharunya yang berjudul My Coffee Prince di Astro.

Buat masa ini, Fattah menjelaskan bahawa dia sedang berehat daripada sebarang komitmen kerja dan bakal berbulan madu bersama Fazura ke United Kingdom tidak lama lagi sebelum menjelang persiapan resepsi yang bakal diadakan pada Januari depan.

Fattah
sumber: instagram

Sementara itu, netizen yang terkejut dengan pendedahan nama-nama anak tersebut cukup teruja untuk mengetahui sama ada benar Fazura dan Fattah bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi ataupun tidak.

“Dah pregnant ke?” tanya seorang netizen tidak percaya.

“Wahhh, kalau betul tahniah #Fattzura. Semoga berbahagia.”

“OMG betul ke ni. Saya suka pasangan ni, moga berita ini benar!”

“Dah ada nama. Bolehlah buat Instagram anak dah,” kata seorang netizen lagi.

Pun begitu, melalui sesi temubual tersebut Fattah tidak menjelaskan sama ada Fazura benar-benar sedang hamil ataupun tidak.

Marilah kita doakan yang baik-baik buat mereka. Kalau dah ada rezeki awal, Alhamdulillah. Tak sabar nak tengok Fattah dan Fazura junior! 

Baca: Kecoh di Media Sosial, Fattah dan Fazura Sudah Bernikah? 

Fatzura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.