in

“Dah nasihat, tapi mereka pentingkan diri” – Adik Najib

Nazirrr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan kejatuhan Barisan Nasional dalam PRU14 9 Mei lalu, ramai dah mula bersuara pasal pelbagai kejadian yang menimpa mereka. Ini termasuklah Azrene Ahmad, anak kandung kepada bekas isteri Perdana Menteri ke-6, Rosmah Mansor dan Tony Fernandes.


Menurut WORLD OF BUZZ, individu terkini yang membuka mulut adalah Dato’ Seri Nazir Razak, iaitu adik kepada mantan Perdana Menteri Najib Razak.

 

Tahniah kepada Tun M, PM Malaysia ke-7

Nazir baru-baru ini ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya sambil memberikan ucapan tahniah kepada Tun Mahathir kerana terpilih menerima mandat rakyat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

“Tahniah, YAB Tun Mahathir, PM Malaysia ke-7. Malaysia telah menunjukkan kepada dunia bahawa peralihan kuasa boleh berlaku secara aman selaras dengan kemahuan rakyat.”

Capture 4
sumber: instagram

 

Berulang kali nasihat, kerajaan terdahulu pentingkan diri

Pengerusi Kumpulan CIMB ini juga mendedahkan bahawa dia telah berulang kali menganjurkan supaya pembetulan secara keseluruhan dilakukan terhadap pemerintahan negara namun tidak diendahkan oleh pemimpin yang terdahulu.

“Saya sudah berulang kali mengingatkan mereka (pemimpin terdahulu) bahawa Malaysia perlu diperbetul, tetapi semua cubaan di bawah pemerintahan terdahulu gagal disebabkan ketegaran dan kepentingan diri.”

 

Malaysia, ikon demokrasi baru!

Jika pemerintah sebelum ini gagal memperbaiki negara, Nazir yakin bahawa kerajaan baru pasti akan dapat melakukannya di bawah pimpinan Tun M. Adik bekas Perdana Menteri ke-6 ini juga menggelar Malaysia sebagai ikon demokrasi yang baru.

Malaysia, ikon demokrasi baru!”

Nazir turut memuji Tun M yang tidak lupa memuji mentornya Tun Abdul Razak, walaupun dalam keadaan bersengketa dengan Najib dan UMNO. Katanya Tun M dan bapanya itu mempunyai persamaan dalam kesanggupan berkorban demi membina negara.

Nazir
sumber: the star

Makin lama makin ramai yang luahkan kan cerita masing-masing. Agaknya lepas ni siapa lah pulak akan buka mulut pasal DS Najib dan isteri ya…

Baca: “Bomoh, ahli sihir sentiasa ada di rumah” – Anak Rosmah

Asla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.