in

“Dah mampos ke belum?” – Ramai Betul Netizen Biadap Persenda Lelaki Nak Bunuh Diri Dekat KLCC

Biadap Betul Masing Masing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di media sosial baru-baru ni tentang kes seorang lelaki cuba bunuh diri dan mahu terjun dari tingkat paling tinggi di KLCC. Ramai orang awam termasuk pelancong berada di tempat kejadian menjadi saksi kepada kejadian mengejutkan tu.


Menurut Pasukan Bomba dan Penyelamat yang berjaya patahkan cubaan bunuh diri tu, pemuda terbabit mengalami masalah kesihatan mental, lapor FMT. Kesimpulan tu dibuat selepas mendapati alasan lelaki berusia 40-an tu berubah-ubah.

Biasalah kalau isu gempar macam ni, memang laju je dapat perhatian rakyat Malaysia kan? Tapi netizen yang sepatutnya sensitif dan lebih menghormati keadaan kesihatan orang tu, sebaliknya mereka mempersendakan pula.

Bunuh Diri 1

Bunuh Diri 2
sumber: facebook
Melalui satu perkongsian di Twitter, seorang gadis lepaskan rasa geram dekat ‘warga FB’ yang biadap sebab bergurau tentang isu serius macam ni.

Kenapa eh masyarakat kita sekarang ni? Ke orang dalam Facebook ni memang otak ke belakang?”

Bermacam-macam jenis komen korang boleh baca dekat mana mana post pasal isu yang viral sejak dua hari lepas ni. Kebanyakannya mempunyai stigma negatif terhadap mereka yang mengalami masalah seperti lelaki tu.

Warga Fb 1 Warga Fb 4

Warga Fb 3
sumber: twitter

Ramai yang bersetuju dengan gadis tu dan akui malu kerana kebanyakan yang biadap tu adalah kaum Melayu. Hurmmmm….

Melayu memang suka memalukan ke? Malu jadi Melayu.”

Dan sebenarnya bukan warga Facebook je yang ‘mulut takde insurans’ macam ni, dekat Twitter pun sama je! Ish korang ni pahal ah?

Celupar 4

Celupar 5

Celupar 3
sumber: twitter

Befrienders, satu pertubuhan yang membantu mereka dengan masalah emosi atau mental pun turut komen tentang isu ni. Mereka akui berasa sedih sebab masih ramai yang kurang faham tentang isu bunuh diri.

Ada juga yang berpendapat kesedaran tentang kesihatan mental ni perlu ditekankan dalam silibus mata pelajaran Sivik. Betul juga tu….

Pendapat Isu Bunuh Diri
sumber: twitter

Guys, masalah mental atau depression tu bukan benda main-main dan boleh ditertawakan! Kalau ada kenal kawan atau ahli keluarga yang perlukan bantuan, korang boleh cuba hubungi Talian Nur atau Befrienders.

Baca: Lelaki Nak Bunuh Diri Di KLCC, Komen Netizen…

Bunuh Diri Klcc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.