in

“Dah macam resort” – Ini 5 Penjara Paling Mewah Di Dunia, Siap Ada Tempat ‘Horse-Riding’

Penjara Mewah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut je perkataan penjara, apa benda pertama yang terlintas dalam minda korang?


Kalau tanya min, benda pertama yang min terfikir tentu sekali dinding tinggi dilengkapi pagar kawat berduri, pagar besi dan pengawal bersenjata.

Tapi, korang tahu tak ada beberapa penjara dekat dunia ni siap bagi tahanan mereka main tenis, tengok movie dan main video game?

Kali ni, min akan senaraikan 5 penjara di dunia yang tiptop macam hotel mewah.

1. HMP Addiewell, Scotland

Hmp Addiewell E1606630936330

Lebih berfungsi sebagai pusat pembelajaran berbanding penjara, Her Majesty’s Prison (HMP) Addiewell yang terletak di selatan Scotland diusahakan oleh kumpulan bukan kerajaan (NGO).

Banduan di penjara ini diberi layanan khas dimana mereka diperuntukkan 40 jam setiap minggu untuk mempelajari pelbagai kemahiran. Selain itu, bangunan ini juga dilengkapi bilik komputer, perpustakaan dan gimnasium.

Addiewell Prison E1606631312911

Tidak cukup dengan itu, penjara ini juga menggunakan sistem kiosk eletronik untuk memesan makanan. Dengan menggunakan telefon bimbit yang tidak mempunyai WiFi, banduan boleh memesan makanan melalui aplikasi khas. Selain itu, mereka juga menggunakan telefon bimbit sama untuk menjelaskan apa-apa bayaran makanan di penjara berkenaan.

2. Otago Corrections Facility, New Zealand

Otago E1606632122428

Meskipun mempunyai tahap sekuriti yang sangat ketat, Otago Corrections Facility memberi keutamaan kepada keselesaan setiap banduan.

Dilengkapi dengan lantai pemanas, perpustakaan dan gimnasium, institusi ini juga membenarkan setiap bilik banduan mempunyai televisyen. Tidak cukup dengan itu, setiap bahagian penjara pula mempunyai televisyen flat-screen yang boleh digunakan sesiapa sahaja.

Otago Prison E1606632176864

Otago Corrections Facility juga memberi akses kepada banduan-banduan mereka untuk menyertai kelas kemahiran seperti kejuruteraan, pertanian dan memasak. Menurut pihak pengurusan penjara, mereka mahu banduan mereka boleh hidup normal bersama manusia lain meskipun mereka mempunyai rekod jenayah.

3. Aranjuez Prison, Sepanyol

Aranjuez Prison E1606633764275

Dilengkapi dengan katil bayi, tempat permainan kanak-kanak dan perhiasan watak Disney di dinding, Aranjuez Prison di Sepanyol mahu memberikan peluang kepada ibu bapa yang berada di dalam penjara untuk membesarkan anak-anak mereka.

Aranjuez E1606632490551

Mungkin tidaklah semewah penjara-penjara lain dalam senarai ini, Aranjuez Prison membantu kanak-kanak untuk tidak berasa malu dengan rekod jenayah yang dimiliki ibu bapa mereka.

4. Champ-Dollon Prison, Switzerland

Champ Dollon 1 E1606633688556

Suatu ketika dahulu, penjara yang terletak di Switzerland ini pernah mendapat liputan media kerana lambakan banduan yang ditahan di sini. Namun begitu, setelah proses renovation selesai, penjara ini kini dikenali sebagai salah satu penjara mewah di dunia.

Setiap bilik di Champ-Dollon Prison adalah sangat luas dan mampu untuk memuatkan tiga katil single untuk kegunaan banduan. Selain itu, setiap bilik juga dilengkapi dengan bilik air peribadi. Jadi, banduan tidak perlulah berebut-rebut untuk membersihkan diri.

Champ Dollon E1606632634936

Sistem seperti di asrama yang digunakan di penjara ini bertujuan untuk mengalakkan kerjasama antara banduan supaya mereka dapat menyesuaikan diri apabila dibebaskan kelak.

5. Bastoy Prison, Norway

Bastoy Prison E1606632959627

Pada pendapat min, penjara ni yang paling mewah sekali.

Mana tidaknya, banduan-banduan di penjara ini tidak tinggal di dalam blok sel seperti penjara biasa. Tetapi, mereka tinggal di kotej masing-masing. Selain itu, makanan-makanan yang disediakan di dalam penjara ini pula semuanya dimasak oleh tukang masak bertauliah.

Bastoy Prison 1 E1606633600692

Pernah digelar sebagai penjara paling liberal, Bastoy Prison turut dilengkapi sauna, gelanggang tenis dan tempat untuk menaiki kuda. Pada waktu malam pula, dikatakan hanya lima orang pengawal yang akan menjaga lebih seratus banduan yang ditahan disini.

Walau bagaimanapun, bukan semua penjenayah boleh ditahan di penjara ini. Satu borang permohonan perlu dikemukakan sekiranya mana-mana individu dengan rekod jenayah mahu tinggal di dalam penjara ini. Sekiranya benar-benar dianggap tidak mendatangkan bahaya, barulah penjenayah boleh tinggal di penjara ini.

Jadi, apa pendapat korang mengenai penjara-penjara ni? Tinggalkan komen korang di ruangan komen

Sumber: Forbes, Scoop Whoop

Baca: “Pening nak letak mana” – Polis Dikecam Tempatkan Lelaki Transgender Di Penjara Lelaki

Ft Pondan Final E1606634096699

Sumber: Pinterest
Sumber: Hawkins
Sumber: GHI
Sumber: Time

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.