Baru-baru ini heboh diperkatakan di media sosial apabila sekumpulan hak asasi Indonesia dikatakan mengecam tindakan polis gara-gara menempatkan seorang lelaki transgender’ di dalam penjara dengan seorang lelaki.
Menurut mereka, tindakan itu menyerlahkan diskriminasi yang meluas terhadap golongan transgender di negara yang majoritinya adalah umat Islam yang terbesar di dunia.
Ditangkap memiliki dadah
Baru-baru ini, seorang Instafamous Indonesia yang memiliki sejuta followers di laman Instagram, Millen Cyrus telah ditahan bersama rakan lelakinya atas tuduhan memiliki dadah di ibu kota Jakarta.
Lapor BH Online, Cyrus ada memberitahu media tempatan bahawa dia berharap akan dipindahkan dari penjara induk lelaki. Disebabkan itu, pihak berkuasa telah menempatkannya di sel bersendirian.
Jantina asal adalah lelaki
Walau bagaimanapun, mereka mempertahankan keputusan awal dengan menunjukkan kad pengenalan suspek yang mengatakan bahawa dia adalah lelaki.
Status pelaku adalah lelaki seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalannya.
Aduh, polis pun pening nak letak mana.
Letak dalam penjara khas
Namun, setelah mengambil kira status ‘jantinanya’ yang terkini, pihak berkuasa memilih untuk menempatkannya di penjara khas.
Langkah itu telah mencetuskan reaksi balas di media sosial dan kumpulan hak asasi manusia yang mengatakan ia menyerlahkan cabaran yang dihadapi oleh transgender Indonesia.
Untuk pengetahuan korang, dua tahun yang lalu, polis di Aceh juga menjadi tajuk perbualan hangat apabila mereka secara terbuka telah memalukan berpuluh transgender dengan mencukur rambut mereka secara paksa.
Mereka juga dipaksa untuk memakai pakaian lelaki dan bercakap dengan suara yang maskulin.
Tuntut polis hormat hak asasi transgender
Menurut Arus Pelangi di Jaringan Transgender Indonesia, mereka menuntut supaya pihak polis menghormati hak-hak suspek semasa penyiasatan dengan perspektif non-diskriminasi dan non-transphobik.
Tambah penyelidik ICJR, Maidina Rahmawati, pihak polis perlu melihat keadaan seorang suspek. Sekiranya mereka keliru mengenai tempat untuk meletakkan suspek, mereka seharusnya perlu meminta bantuan ahli psikologi atau pekerja sosial untuk menilai keperluannya.
Jadi satu kerja pulak polis nak layan kerenah depa.