“Dah macam laut” – [VIDEO] Australia Pula Dilanda Banjir Luar Biasa Hingga 2 Negeri Diisytihar Darurat

Tambah ke Sumber Pilihan
“Dah macam laut” – [VIDEO] Australia Pula Dilanda Banjir Luar Biasa Hingga 2 Negeri Diisytihar Darurat

Biasanya time-time macam ni negara kita memang tengah kemarau. Tapi disebabkan perubahan iklim, hujan macam tak stop turun dari hujung tahun sampai sekarang. Lepastu bila hujan je mesti ada tempat yang tak pernah banjir pun naik air.

Perkara ini turut dirasai oleh Australia sehinggakan perdana menteri dorang umumkan darurat Rabu lalu lepas hujan turun tak berhenti hingga menyebabkan banjir terburuk dalam sejarah melibatkan dua negeri terbesar Sydney dan Brisbane.


Fnedeqmamaercj7

Memetik laporan dari The New York Times, Perdana Menteri Australia Scott Morrison menjelaskan pengisytiharan darurat ini dibuat bagi mempercepatkan bantuan disalurkan untuk kawasan-kawasan yang terkesan.

Scott turut mengakui disebabkan oleh bencana-bencana ini, ia menjadikan Australia negara yang sukar dijadikan tempat tinggal.

Kita kini sedang menghadapi perubahan iklim yang luar biasa. Lain dengan apa yang kita pernah lalui sebelum ini.

Australia sekarang jadi negara yang susah untuk diduduki disebabkan oleh bencana-bencana ni.”

Akibat dari banjir ini juga, dilaporkan setakat ini sekurang-kurangnya 20 orang ditemui meninggal dunia dan berpuluh ribu keluarga terpaksa dipindahkan dari rumah.

Fnedew5Amaeq75V

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan pengisytiharan darurat pertama dibuat oleh Australia selepas kebakaran terbesar berlaku pada tahun 2020 yang lepas.

“Scary dah macam laut”

Di media sosial juga netizen turut kongsikan beberapa video time lapse menunjukkan macam mana cepatnya air yang naik di beberapa kawasan yang terkesan sehingga menenggelamkan banyak benda.

Macam yang korang tahu, Australia terkenal dengan binatang-binatang eksotik yang merbahaya, jadi dengan berlakunya banjir seperti ini, ramai penduduk dorang risau dengan ancaman haiwan seperti buaya. Macam dalam movie weh, tachoddd

Tapi sekarang ni memang risau betul kalau hujan lebat. Tak expect dekat mana air akan naik. Moga semuanya dipermudahkan untuk kita semua.

Baca: “Semua benda bagi free” – Sajat Mengaku Beruntung Jadi Rakyat Australia

Collage

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nadia Ghafar
Lagi tulisan Nadia

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Dah macam laut” – [VIDEO] Australia Pula Dilanda Banjir Luar Biasa Hingga 2 Negeri Diisytihar Darurat
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dah-macam-laut-video-australia-pula-dilanda-banjir-luar-biasa-hingga-2-negeri-diisytihar-darurat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM