in

“Semua benda bagi free” – Sajat Mengaku Beruntung Jadi Rakyat Australia

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, sejak Sajat berpindah ke Australia, dia semakin rajin memuat naik perkembangan dirinya semasa di sana.


Terbaharu melalui Instagram peribadinya, Sajat memberikan update kepada pengikutnya yang dia sedang menjalani orientasi. Difahamkan orientasi itu adalah bertujuan untuk mendapat kerakyatan tetap di Australia.

“Semua benda Australia bagi free”

Sajat juga sempat meluahkan rasa syukurnya kerana banyak pihak di negara tersebut telah membantunya selepas dia mendapat perlindungan di sana.

Whatsapp Image 2021 12 01 At 12.08.50

Selain itu, Sajat juga turut mengakui yang dia beruntung dapat menjadi rakyat Australia kerana banyak keistimewaan seperti khidmat kesihatan yang diberikan secara percuma.

Whatsapp Image 2021 12 01 At 12.08.50 Copy

“Ambulance pun free”

Tak cukup dengan itu, Sajat turut membuat perbandingan mengatakan yang perkhidmatan ambulans di sana juga turut diberikan secara percuma tak seperti di Malaysia…

Ambulance kat Australia pun free!!! Kalau uols tak ada insurance Malaysia, memang mampus lah nak kena bayar ambulance uols!!!”

Image From Ios E1638331650771

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah pun mengeluarkan arahan untuk menyita aset dan harta Sajat atas permohonan OWA Resources Sdn. Bhd. untuk menuntut pampasan sebanyak RM200,000.

Keputusan ini dibuat selepas Sajat gagal memberikan maklumbalas mengenai bayaran pampasan selepas dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan April lalu. Dikatakan, aset dan harta Sajat ini akan mula dilelong di bawah harga pasaran bermula 14 Disember nanti.

Bahagia betul tengok Sajat duduk dekat Australia sekarang ya? Dapat banyak kemudahan pulak tu, baguslah…

 

Baca: Mahkamah Tinggi Arah Harta Sajat Disita Dan Dijual

Ft Rumah Sajat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.