Mungkin ramai yang menyangka penyanyi popular dari Singapura iaitu Aliff Aziz sudah berubah menjadi lebih baik selepas banyak kontroversi yang menimpa dirinya pada tahun lalu.
Namun, baru-baru ni, tular di laman Facebook mengenai penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang itu dipercayai sekali lagi membuat onar di mana dia telah dirakam sedang mengamuk sebelum menunjukkan kemaluannya di tempat awam.
https://www.facebook.com/OfficialsFidzMusic/posts/827731821019916
Berdasarkan video yang viral melalui Facebook Official_Fidz itu, Aliff kelihatan sedang mengamuk memarahi individu lain yang pada ketika itu berada di hadapannya.
Namun begitu, Aliff tidak berseorangan di tempat kejadian. Dia kelihatan ditemani beberapa rakannya yang juga sedaya upaya menenangkannya.

Mungkin terlalu mengikut perasan marah, Aliff kelihatan mencampakkan kerusi ke arah individu yang berada di hadapannya sebelum dia berpaling ke tempat lain.
Kejadian ini juga telah dirakam oleh individu lain yang pada ketika itu sedang berada dalam kereta dipercayai kawan kepada Aliff juga.
Bukan itu sahaja, Aliff kemudiannya bertindak membuka zip seluar sebelum menunjukkan kemaluannya kepada individu yang dimarahinya itu.

Dia juga sempat memberitahu kepada kawannya yang memegang telefon supaya tidak merakam perbuatannya itu.
Haish dia buat hal lagi. Semoga Aliff lepas ni betul-betul berubah.