“Mabuk dan cari pasal dengan orang awam” – Bukan Lakonan! Aliff Aziz Meronta Diberkas Polis Singapura

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semalam kecoh di media sosial video artis lelaki yang juga bekas suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz diberkas oleh sekumpulan polis Singapura tanpa mengetahui apa sebabnya. 

Menerusi video tersebut, Aliff dilihat meniarap di atas jalan tar dengan beberapa orang anggota polis cuba menggari penyanyi tersebut yang dalam keadaan meronta-ronta. Ya Allah apa hal pulak ni Aliff oi??

Aliff Aziz ditahan polis Singapura…

Aliff Aziz ditahan polis Singapura…👉 berita penuh : http://bit.ly/2K4HtRa

Posted by Hoi Media on Sunday, November 10, 2019

 

Aliff ganggu ketenteraman awam dan mabuk?

Pun begitu, teka-teki mengenai apa yang berlaku kepada Aliff Aziz akhirnya terjawab apabila media Singapura, MediaCorp melaporkan yang artis lelaki terbabit ditangkap semalam gara-gara mengganggu ketenteraman awam ketika dalam keadaan mabuk. 

Penangkapan Aliff juga telah disahkan Pasukan Polis Singapura (SPF) apabila artis tersebut katanya didapati bergaduh dengan seorang lelaki lain sekitar jam 6.40 pagi di kawasan Orchard Road.

Saksi Dedah Cerita Sebenar Aliff Aziz Ditangkap Polis

Saksi Dedah Cerita Sebenar Aliff Aziz Ditangkap Polis 👉 berita penuh : http://bit.ly/2K4HtRa

Posted by Hoi Media on Sunday, November 10, 2019

Walaupun sudah diarah bertenang dan meleraikan pergaduhan, dia yang nafasnya berbau arak enggan beri kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan.

“Dia kemudian ditangkap kerana mengganggu ketenteraman awam apabila mabuk, di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak.

“Lelaki itu juga bergelut dengan para pegawai semasa mereka cuba menangkapnya. Siasatan polis masih dijalankan,” kata polis Singapura.

Sehingga setakat ini bekas isteri Aliff, Bella Astillah belum memberi sebarang maklum balas akan apa yang menimpa bekas suaminya itu.

Marilah kita doakan semoga Aliff dalam keadaan baik-baik saja. Kesian pulak min tengok dia terseksa dan macam lost gitu. 

Baca: “If you think Aliff Aziz changed, pls rethink again”- Artis Baru Bengang Jadi ‘Mangsa’ Aliff Aziz

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!