in

“Menanti lebih 10 tahun untuk lagu ni” – Patut Duet Dengan Arwah Isteri, Shuib Rakam Lagu Baru Secara Solo

Lagu Baru Shuib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertengahan Ogos lalu, kita digemparkan dengan berita sedih tentang pemergian penyanyi terkenal Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin selepas bertarung nyawa melawan penyakit Covid-19. Al-fatihah.


Jika diiambau semula, rakan-rakan artis bahkan seluruh rakyat Malaysia turut bersedih atas pemergian penyanyi lagu Kesetiaan itu. Antaranya, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sendiri tak tahan sebak ketika menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu,

Apatah lagi orang terdekat seperti ahli keluarganya. Tak dapat bayangkan betapa beratnya dugaan suaminya, pelawak, pelakon dan usahawan, Shuib Sepahtu tanggung.

 

 Menanti lebih 10 tahun untuk lagu ini

Kini, sudah 2 bulan arwah Siti Sarah pergi, hari ini, Shuib Sepahtu sekali lagi menjadi perhatian apabila dia hari ini melancarkan satu lagu single terbaru.

Apa yang mendapat perhatian netizen adalah, lagu yang berjudul Sampai Tua itu sepatutnya dirakam bersama arwah isterinya, kata Shuib menerusi Instagram miliknya, lagu ini sebenarnya mereka dah dengar sejak belum berkahwin lagi.

 

Dr sebelum kawin dah dengar lagu ni,dah janji nak nyanyi sama2 tahun lepas.Tp takpelah,nyanyi sorang2 je lah,,boleh kan ibu.”

Lebih meruntun hati lagi, Shuib ada kongsikan detik bersama arwah isterinya ketika sedang ebrlatih untuk menyanyikan lagu tersebut pada tahun 2019.

Menerusi Instagram Siti Sarah pula, admin menyatakan bahawa mereka berdua telah menunggu selama 10 tahun untuk menyanyikan lagu tersebut, namun apakan daya, manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Lagu ciptaan Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad itu ditayangkan di saluran YouTube Shuib Channel dan kini telah meraih sebanyak 27K jumlah tontonan dalam masa 4 jam ia dikongsikan.

Sesungguhnya, perancangan Allah adalah yang terbaik. Sama-sama kita sedekah Al Fatihah kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

 

Baca : “BERGEMBIRALAH DISYURGA BIDADARI KU SITI SARAH” -[Video] Solat Jenazah Ghaib Untuk Siti Sarah Di Masjidil Haram

Solat Ghaib Siti Sarah E1628651021934

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.