Pelakon Fattah Amin menuai perhatian ramai selepas memuat naik gambar isterinya, Fazura bersama anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya di akaun Instagramnya selepas sebutan kes permohonan cerai ditangguh.
Pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin itu yang berkongsi hantaran tersebut meminta orang ramai mendoakan rumah tangganya.
“Doakan yang baik- baik buat kami. Apa-apa pun jadi Daddy will always love you two,” tulisnya dengan meletakkan emoji hati berwarna biru beserta tanda pagar #lastpicturetaken.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Saya ada perasaan” – Fattah Amin Sebak, Peguam Kata Belum Sedia Bercerai Secara Baik
Artikel berkaitan: Tak Pernah Keluarkan Kenyataan Alasan Bercerai, Pemfitnah Fazura Bakal Disaman
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa sedih dan mendoakan agar ada jalan penyelesaian yang baik buat pasangan ini.
Fazura tetap dengan keputusan bercerai
Sementara itu, Fazura juga dilihat turut memuat naik hantaran terbaharu mengenai isu perceraiannya.
Pelakon filem Gol dan Gincu itu menyatakan dia nekad untuk meneruskan perceraian dan keputusan yang dibuat itu bukanlah satu perkara yang mudah buat dirinya.
View this post on Instagram
Kata Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, dia telah mengambil kira pelbagai aspek sebelum memutuskan untuk memfailkan cerai pada 13 September lalu.
“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.”
Dia memohon orang ramai untuk mendoakan agar proses tersebut berjalan dengan baik dan lancar.
Sumber: Instagram