in

Cuti Sekolah Akan Diumumkan Sebab PRU14 Jatuh Pada Hari Persekolahan

H 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Parlimen dah pun dibubarkan minggu lepas dan PRU14 akan menyusul tak lama lagi. Manifesto pun dah dibentangkan pada hujung minggu lepas dan awal pagi ni SPR dah meeting untuk tetapkan tarikh mengundi yang akan diadakan pada Rabu (9 Mei 2018).


Hari persekolahan?! Jangan risau semua, sebab menurut MMO, Kementerian Pelajaran Malaysia akan umumkan cuti sekolah memandangkan PRU14 jatuh pada hari Rabu.

I
sumber: wob

Datuk Seri Mahdzir Khalid kata hal ini adalah bertujuan supaya sekolah dapat dijadikan sebagai tempat untuk mengundi. Tapi bukan semua sekolah lah yang terlibat.

“Kemungkinan separuh dari sekolah di Malaysia akan terlibat untuk dijadikan ruang pengundian. Pihak kementerian bersedia bertindak.”

Walaupun cuti sekolah ni untuk pelajar, orang yang bekerja jangan risau sebab menurut WOB, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mengatakan majikan diwajibkan untuk memberi “tempoh yang munasabah untuk mengundi” dan tidak boleh menolak gaji mereka semasa pengundian. Walau bagaimanapun, “tempoh munasabah untuk mengundi” tu tak di specific kan berapa lama. So, korang yang dah bekerja tak perlu risau ye.

I2
sumber: wob

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Awam mengatakan bahawa kerajaan tidak membekukan lagi cuti penjawat awam untuk PRU14. Walaupun dulu beberapa negeri telah mengumumkan cuti pada hari mengundi, masih tiada kenyataan yang dikeluarkan sekiranya hari mengundi akan diumumkan sebagai cuti umum.

Kita nantikan…

Baca: TERKINI: PRU14 Akan Diadakan Pada 9 Mei

M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.