in

“Curi sebab nak showoff dekat gf” – Dua Beradik Menyamar Nak Check Dashcam Sebelum Bawa Lari MPV Polis

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya ditemani dengan satu laptop, dua adik beradik berjaya yakinkan seorang pegawai polis yang dorang adalah anggota polis dari bahagian sumber teknologi maklumat dan tujuan dorang datang ke sana adalah untuk memeriksa dashcam di dalam MPV polis.


Menurut FMT, kedua-dua lelaki ini telah “berurusan” dengan penyelia MPV di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara ini yang pada ketika itu tak mengesyaki apa-apa langsung.

“Kejadian berlaku sangat pantas dan suspek terus memecut MPV keluar dari perkarangan IPD SPU sebelum penyelia bahagian kenderaan itu sempat berbuat apa-apa dan dia juga tidak mengesyaki apa-apa.”

Penyelia ini hanya menyedari yang MPV tersebut dicuri selepas dua lelaki itu tak pulangkan kenderaan selepas satu jam dan gagal dihubungi melalui walkie talkie.

Beberapa jam kemudian, kenderaan tersebut berjaya dikesan di Shah Alam dan polis berjaya menahan salah seorang suspek lelaki dengan seorang wanita dipercayai teman wanitanya di dalam kereta tersebut.

Car Kereta Polis Stolen Bernama 251020 672X420 1

Seorang lagi suspek yang merupakan adik kepada suspek yang ditahan tersebut pula berjaya ditahan di Tasek Gelugor pagi semalam.

Tak cukup dengan itu, siasatan awal mendapati suspek utama telah mengambil teman wanitanya dan pasangan kekasih ini dikatakan cuba untuk menyamun sebuah kedai runcit sebelum memandu ke Shah Alam.

Difahamkan, dia bertindak sedemikian (curi kenderaan) kerana mahu menunjuk kepada teman wanitanya.”

Tambah lagi, siasatan polis mendapati suspek utama itu pernah ditahan sebelum ini kerana mencuri kabel elektrik dan dua beradik ini juga mempunyai banyak rekod lampau jenayah serta dadah

Beliau berkata, adik-beradik itu ialah penagih dadah tegar dan siasatan awal mendapati suspek utama yang melarikan MPV itu mempunyai masalah mental.

 

Baca: Suspek Jenayah Rampas dan Larikan Diri Guna MPV Polis di Batu Caves

Screenshot 2020 10 26 At 1.59.14 Pm

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.