in

Suspek Jenayah Rampas dan Larikan Diri Guna MPV Polis di Batu Caves

Polis Mpv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi untuk melepaskan diri daripada diberkas polis, seorang lelaki menggunakan taktik licik dengan melarikan MPV milik polis setelah dia ditinggalkan berseorangan di dalam kenderaan tersebut.


Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad, suspek yang berusia 39 tahun bersama saudara perempuannya yang berusia 17 tahun telah memecah masuk sebuah gudang di Taman Perindustrian Batu Caves. Setelah mendapat aduan, pihak polis segera ke tempat kejadian sebelum memberkas suspek pada 5.36 pagi. Walaupun begitu, saudara perempuannya pula masih diburu.

Image
sumber: utusan online

Namun demi mencari alasan untuk ditinggalkan berseorangan di dalam kereta, suspek memperdaya polis yang ada bersamanya dengan memberitahu bahawa ada lebih ramai suspek lain di dalam gudang tersebut. Fuh pandai kau ehhh!

Setelah anggota polis itu meninggalkan suspek di dalam MPV, dia kemudiannya mengambil kesempatan dengan merampas dan melarikan MPV tersebut dari tempat kejadian.

20287894011 Cb8E7B90D1
gambar hiasan – sumber: flickflu

Setengah jam kemudian, polis berjaya mengesan MPV berkenaan ditinggalkan suspek di tepi lebuhraya Latar. Walau bagaimanapun, suspek masih belum dijumpai, manakala suspek perempuan tadi telah pun berjaya ditahan polis berdekatan dengan kawasan gudang tersebut.

Bila ditanya tentang sama ada suspek digari atau tidak semasa ditinggalkan berseorangan di dalam kereta, pihak polis hanya menjawab yang mereka sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai hal tersebut termasuklah meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi menyiasat punca suspek dapat melepaskan diri menggunakan MPV polis.

Preso
gambar hiasan – sumber: culturizando

Nampaknya pihak polis harus lebih ketat dalam mengawal suspek yang sudah diberkas. Bahaya kalau suspek dengan mudah dapat terlepas dari tahanan polis macam ni. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.