in

COVID-19: Pertambahan 24 Kes Positif, Daerah Sepang Kini Zon Merah

Sepang Merah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Daerah Sepang kini disahkan zon merah selepas mukim Labu mencatatkan pertambahan 24 kes positif Covid-19, lapor Harian Metro.


Mengikut maklumat dikongsikan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) di Facebook, kes aktif terkumpul di Sepang yang terdahulu merupakan zon kuning menjadi 64 kes. Secara keseluruhan, daerah Sepang merekodkan 136 kes.

Kes baru Depoh Tahanan Imigresen (DTI) yang mendadak naik menyebabkan mukim Labu kini zon merah dan dengan itu, daerah Sepang juga menjadi zon merah secara automatik.”

Zon Merah

Pengamalan kebiasaan baru seperti penjarakan sosial, jaga kebersihan dan pakai pelitup muka perlu menjadi rutin harian. Itu saja benteng paling efektif pada waktu ini.”

Selain Sepang, Hulu Langar juga berada di zon merah dengan 126 kes aktif dicatatkan. Enam daerah lain masih kekal di zon kuning iaitu Petaling (23), Kuala Langat (20), Gombak (17), Hulu Selangor (16), Kuala Selangor (6), Klang (6) dan Sabak Bernam pula berada si zon hijau selepas tiada kes baru direkodkan.

Pakai mask, jaga jarak, sentiasa bersihkan tangan!

Baca: “Renungan Corona boleh bawa maut” – Ini Sebab Kenapa Penjarakan Sosial 1 Meter Penting Untuk Elak Covid-19

Feature 1 12

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.