in

KJ Saran Rakyat Lakukan Ujian Covid-19 Secara Berkala Bila Rentas Negeri Dibenarkan Nanti

Rentas Negeri Images

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan berbaki 1.6% kadar vaksinasi bagi populasi dewasa di Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan supaya orang ramai tidak terlalu berseronok apabila rentas negeri boleh dibenarkan nanti.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) berkata, ujian saringan Covid-19 perlu dilakukan secara berkala apabila mereka mahu pulang dan kembali dari kampung halaman.

Ujian saringan Covid-19 yang perlu dilakukan adalah jenis ujian air liur RTK Antigen yang boleh dilakukan dengan sendiri di rumah menggunakan RTK Antigen self-kit.

Rtk Test

Menurut Astro Awani, langkah itu perlu dipertimbangkan kerana ianya amat penting untuk menjamin keselamatan mereka terutama yang berada di kawasan yang berisiko tinggi.

Sebelum ini, KJ juga memaklumkan bahawa aktiviti rentas negeri dan juga melancong ke luar negara akan dibenarkan sekiranya kadar vaksinasi di Malaysia telah capai 90%.

Kini Malaysia masih lagi melarang aktiviti rentas negeri dan telah menjalankan pergerakan rentas daerah bagi negeri-negeri yang dah masuk ke Fasa 2 bagi Pelan Pemulihan Negara.

Baca: Hampir Capai Target, Rakyat Malaysia Boleh Travel Luar Negara Tanpa Mohon MTP Jika Vaksinasi Capai 90%

Page Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.