in

“Renungan Corona boleh bawa maut” – Ini Sebab Kenapa Penjarakan Sosial 1 Meter Penting Untuk Elak Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun SOP ketika membeli-belah telah pun dikuatkuasakan, namun masih ada segelintir yang tidak mengikuti SOP tersebut seperti tidak memakai topeng muka dan beratur dalam jarak yang dekat dengan pelanggan yang lain. Adoi, macam mana eh nak buat semua orang ikut peraturan ni? 


Kalau ada antara korang yang malas nak buat social distancing di tempat awam, tindakan korang tu salah sebab virus korona ni boleh berjangkit melalui mata, lapor Harian Metro.

So, jika korang dah pakai face mask sekali pun tapi tak amalkan penjarakan sosial, virus boleh lagi tersebar.

Perkara ini juga telah disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menyeru semua rakyat Malaysia untuk amalkan penjarakan satu meter.

Selain itu, korang juga perlu menahan tangan korang daripada menyentuh muka dan mata. Ye lah, sebab nanti tangan kita mesti automatik nak garu tempat yang gatal tu kan. 

Mungkin kalau yang ada duit lebih, boleh lah guna face shield ketika keluar rumah. Tapi, kalau face shield takde, memadai dengan korang kerap cuci tangan dan elakkan sentuh muka.

Semoga kita semua terselamat daripada jangkitan wabak Coronavirus ni. 

Baca: “Seriuslah?” – Doktor Kata Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Kentut Lepas Jumpa Virus Dalam Najis Pesakit 

Sumber: Astro Awani
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.