in

“Covid 19 ni buta dik” – Netizen Troll Puteri Aishah ‘Review’ Airline Selamat Daripada Virus?

Puteri8

Seperti yang kita sedia maklum, Berita Harian ada melaporkan bahawa pelakon Puteri Aishah disahkan positif Covid-19.

Pelakon filem Pulang itu dikhabarkan tiada mempunyai sebarang simptom, Harian Metro. Keputusan itu diketahui selepas dia pulang daripada melakukan penggambaran di luar negara.

 

“Guna airline ni sebab selamat dan bersih”

Disebabkan itu pelakon lain seperti Ben Amir dan kru produksi yang terlibat terpaksa menjalani ujian saringan.

Akibat jangkitan yang dihadapi itu, ramai netizen mula tumpukan perhatikan kepada Puteri Aishah, di Facebook dan Twitter, warganet geledah perkongsian lamanya di Instagram sebab..

Puteri 2

 

Puteri2

Difahamkan gambar itu dimuat naik ketika hendak menjalani penggambaran pada 9 Mac lepas, dalam posting tersebut dia memilih airline itu kerana selamat dan bersih, ia sebagai langkah berhati-hati kerana musim Covid-19 tengah menular pada waktu itu.

Berikutan dengan tindakan mereka berlepas ke luar negara pada waktu pandemik ini sedang meluas, perkongsian ini menjadi buat mulut warganet.

Kata mereka pemilihan jenis penerbagan bukan penentu diri kita boleh selamat daripada jangkitan tersebut.

 

Covid-19 ni tak buta dik dia tak kenal mana Airlines. Dia hentam semua dik – Netizen

Puteri4 1

Puteri3  Puteri5 Puteri6

Bagaimanapun ramai juga netizen yang tak henti memberikan sokongan moral kepadanya, ada yang faham tujuan dia membuat posting tersebut ada sebagai tugasnya untuk mempromosikan penerbangan itu.

Malah, mereka juga faham jadual penerbangan telah ditetapkan awal-awal, bahkan pada tarikh mereka keluar negara itu sebelum berlakunya PKP biarpun wabak Covid-19 masa itu telah menular dengan pantas di seluruh negara.

Apa pun sama-samalah kita doakan supaya Puteri Aishah sembuh dan wabak ini dapat dihapuskan dengan segera.

 

Baca : “Dorang berlepas 9 Mac?? Cari penyakit!” – Puteri Aishah, Kru & Pengarah Positif Covid-19 Lepas Balik Shooting Drama Dekat Scotland

Aishah

 

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter