in

“Confirm bini menyesal” – Suami Bunuh Diri, Terjun Kondo Tingkat 19 Dekat Penang Sebab Isteri Merajuk & Keluar Rumah

Terjun Kondo

Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat 19 sebuah kondominium di Mutiara Bandar Perda, Bukit Mertajam kelmarin, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, siasatan awal mendapati si mati sebelum itu berselisih faham dengan isterinya.

Ketika kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa dipercayai terjun selepas rasa tertekan dipercayai kerana isterinya merajuk dan keluar rumah bersama anak mereka. Mangsa berusia 46 tahun ditemui penduduk di kawasan perkir motosikal kondominium berkenaan dalam keadaan terlentang dan kepalanya pecah.

Bunuh Diri1
sumber: harian metro

Ada saksi memberitahu yang isterinya kemudian keluar daripada rumah terbabit bersama anak mereka yang berusia 12 tahun, 2 petang semalam, membuatkan lelaki itu tertekan.”

Lelaki terbabit yang dikatakan tidak dapat mengawal perasaan mengambil tindakan nekad dengan terjun melalui tingkap kira-kira enam jam selepas isteri dan anak keluar daripada rumah berkenaan.”

Pihak polis yang tiba di rumah lelaki itu terpaksa memecahkan pintu kerana berkunci dan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku yang menyebabkan kematian mangsa.

Kondo
gambar hiasan

Keadaan rumahnya tidak berselerak manakala tingkap dalam rumah terbabit pula dalam keadaan terbuka dan dia dipercayai terjun melalui tingkap itu.”

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk proses bedah siasat.

Baca: “Lepas jatuh ada bunyi ‘bruak’!” – Remaja Lelaki Nekad Terjun Bangunan Hanya Sebab Patah Hati

Tyas