“Lepas jatuh ada bunyi ‘bruak’!” – Remaja Lelaki Nekad Terjun Bangunan Hanya Sebab Patah Hati

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kes terjun bangunan sebab patah hati ni, bukan sekali dua je pernah kita dengar.

Di Indonesia — seorang pemuda yang dikenali sebagai Tyas Sancana Ramadhan, nekad menamatkan riwayat hidup dia dengan bertindak terjun dari ketinggian 40 meter Transmart Lampung.

Kejadian yang berlaku Jumaat (23 Februari) lalu, menggemparkan penduduk setempat yang berada di kawasan berhampiran.

Sebuah agensi media tempatan melaporkan, aksi mengerikan itu dilakukan kira-kira pukul 4 petang sewaktu hujan turun.

 

Cakap kat ayah kat ayah, nak keluar pergi kuliah. Tapi…

Seorang ahli keluarga mangsa mendedahkan, kali terakhir Tyas dilihat adalah pada pukul 10 pagi sewaktu dia hendak pergi ke kampusnya di Institut Teknologi Sumatera.

Tyas juga difahamkan sempat masuk ke kelas pada sebelah pagi, sebelum pergi ke Transmart Lampung untuk menonton movie bersama sang pujaan hati.

Tapi tiba-tiba petang tu, mereka terima khabar kematian Tyas dengan cara yang mungkin tak terbayang dek akal mereka sendiri.

Polis tempatan sehingga kini masih meneliti maklumat daripada beberapa individu yang dipanggil untuk membantu siasatan, so puncanya masih belum dikenal pasti.

Cuma polis percaya, kes itu cenderung berkait dengan masalah Tyas dan kekasihnya yang kini juga masih dicari pihak berkuasa.

 

Nekad terjun dari tingkat lima 

Sumber mengatakan, Tyas dilihat berada di atas bumbung mall tu sekitar pukul 3.30 petang.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Zaenal mendedahkan, sebaik terlihat kelibat Tyas di atas bumbung dia bergegas cuba memujuk remaja tu agar tidak terjun.

Namun pujukan tersebut tak dihiraukan, dan dalam kepanikan tu — tiba-tiba tak sampai lima minit, Tyas dah pun dilihat terkulai nyawa-nyawa ikan di atas tanah.

Zaenal kata, Tyas terjun dalam keadaan terlentang dan punggungnya yang jatuh dulu — disusuli dengan bunyi ‘bruak’!

 

 

Ingatkan nak tolong pujuk, tapi sibuk snap gambar pulak? Haishh.

Selain bunuh diri, satu lagi pengajaran penting di sebalik kisah sedih ni, adalah hilangnya sifat empati dalam diri manusia zaman moden ni.

Media yang sama turut memetik kenyataan beberapa saksi berkata, orang awam yang melihat kejadian berteriak meminta pertolongan peniaga-peniaga berhampiran untuk meletakkan atau menyusun tilam dagangan mereka di atas tanah — supaya Tyas dapat diselamatkan.

Tapi sorang pun buat tak endah permintaan tu.

Ada jugak yang sempat melihat seorang lelaki berbaju hitam naik ke atas bumbung, yang disangka mahu cuba memujuk Tyas supaya tidak terjun — tapi saksi kata “dia malah ikutan mengambil gambar.”

Seorang saksi pula menyebut, “mereka sibuk untuk mendokumentasikannya bahkan menyebarkan di media sosial.”

Hmm, kenapa la sampai macam tu sekali.

 

Berehatlah Tyas

Tindakan bunuh diri ni sangat dilarang dalam mana-mana agama sekali pun.

Tak dinafikan, kita memang tak dapat memahami sepenuhnya tekanan yang dialami seseorang sehingga tak disangka boleh membawa kepada perkara-perkara memudaratkan macam ni.

Kalau ada masalah — cuba bawak berkongsi dengan kawan baik.

Jangan asyik menyendiri je.

 

Baca: Lelaki Nak Bunuh Diri Di KLCC, Komen Netizen…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.