in

“Complicated kalah perempuan” – [VIDEO] Aksi Dua Lelaki ‘Bertengkar’ Sebab Maggi, Buat Netizen Terhibur

Fi Gaduh Sebab Maggi E1631867007218

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam ramai-ramai kawan kita, mesti akan ada seorang tu yang perangai suka saja nak menyakat orang lain. Boleh dikatakan juga, dia ini lah yang akan menceriakan suasana setiap kali kita semua berkumpul bersama.

Macam kisah ini, apabila seorang rakan dilihat sengaja nak ‘bertengkar’ dengan kawannya semata-mata sebab mi segera.


 

Kawan nak maggi

Sejak beberapa hari yang lalu, sebuah video mengenai dua orang sahabat ini telah mendapat perhatian oleh pengguna media sosial.

Menerusi posting dikongsikan oleh @Senyum Sokmo, menunjukkan seorang lelaki yang seakan tengah marah dekat kawannya sebab tak beli makanan yang dipesan. Dalam video tersebut, lelaki tersebut memeriksa plastik makanan yang dibawa oleh seorang rakannya itu.

Gaduh Sebab Maggi 1

Lalu dia terus bertanya tentang maggi yang dikirimnya, tapi kawannya mengatakan bahawa mi segera tersebut tiada di kedai. Oleh sebab itu, rakannya tersebut membeli maggi yang dah siap dimasak dari sebuah restoran berhampiran.

Sebaik saja dia melihat bungkusan makanan yang dah dimasak itu, dia seolah-olah tak berpuas hati dan mula ‘bertengkar’ dengan kawannya itu. Pada mulanya, kawannya jelaskan kenapa dia tak beli apa yang dipesan dengan baik. Walaupun disoal banyak kali, dia tetap sabar dan mengatakan makanan itu boleh dimakan kalau terasa lapar nanti.

Bukan tu saja, kawannya itu siap belikan air lagi dengan menyatakan dia teringat kepada sahabatnya yang memesan maggi tersebut.

Aksi mereka yang bercakap dalam loghat utara ini telah menjadi viral, dan sehingga kini video tersebut telah meraih lebih dari 491k views di TikTok.

@senyumsokmo3521

♬ original sound – Senyum Sokmo – Senyum Sokmo

 

“Baguih sungguh kawan tu”

Menjengah ke ruangan komen, nyata aksi mereka berdua itu membuatkan rata-rata netizen terhibur. Walaupun kawannya itu disakat sebegitu rupa, namun ada yang berpendapat bahawa dia sangat baik hati sebab tak mahu kawannya lapar.

Selain tu juga, ada yang mengatakan bahawa aksi mereka ini saling tak tumpah seperti pasangan kekasih yang bergaduh soal makan.

Reak Gaduh Sebab Maggi 2 Edit Reak Gaduh Sebab Maggi 3 Edit Reak Gaduh Sebab Maggi 1 Edit

Adoi terhibur betul tengok kawan dia tu. Tambah pula dengan slang utara tu, pergh makin rancak dengar dorang bercerita.

 

Baca : “Macam teman member dating” – Sharnaaz & Azira Borak Dalam IG Live, Kena Sakat Dengan Shukri Yahaya

Foot Gaduh Sebab Maggi

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.