in

“Macam teman member dating”- Sharnaaz & Azira Borak Dalam IG Live, Kena Sakat Dengan Shukri Yahaya

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua menjak ini, ada khabar angin yang mengatakan Sharnaaz Ahmad dan Azira Shafinaz mempunyai hubungan rapat. Tapi, bila ditanya, diorang cakap cuma berkawan? Hmm sesuatu sangat ni.


Sharnaaz Ahmad Dan Azira Shafinaz

Baru-baru ini, Sharnaaz ada buat satu IG Live di akaun Instagram dia untuk promote produk baru dia iaitu produk minuman teh tarik.

IG Live yang dilakukan lebih satu jam itu pada awalnya cuma disertai oleh Shukri Yahaya dan pelakon drama Nur iaitu Azar Azmi. Tapi, tiba-tiba Shukri dan Azar sakat Sharnaaz untuk invite sekali Azira dalam IG Live tersebut.

“Hang invite la Baby Zira.”

Photo6179357418455150077 1

 

Azira join IG Live Sharnaaz

Masuk sahaja Azira dalam IG Live Sharnaaz, Shukri dan Azar terus diam sambil tersenyum-senyum membiarkan Sharnaaz berborak dengan Azira. Shukri dengan Azar ni dah macam teman member dating pula ye.

Sharnaaz siap warning Shukri untuk tak tinggalkan IG live tersebut macam mana dia tinggalkan Sharnaaz berdua sahaja bersama Azira sebelum itu.

“Hang jangan nak left lagi. Jauhkan tangan hang dari telefon.”

Photo6179357418455150079

 

Shukri sakat Sharnaaz dan Azira

Sambil berbual, Sharnaaz bertanya soalan dekat Azira yang sedap tak makanan yang dia makan tadi tapi respons Azira nampak yang dia malu-malu untuk jawab. Tiba-tiba Shukri terhibur dan menyelit dalam perbualan diorang.

“Susah la soalan pasal makanan ni, soalan lain la mat.”

Perbualan diorang makin rancak pula bila Azira cakap dia nak produk teh tarik yang sedang dipromosi oleh Sharnaaz.

“You nak teh ke nak I?”

@nvrthlsjohn

Ig live Sharnaaz Ahmad #fyp #fypシ #foryou #shukriyahaya #sharnaazahmad #instagram #live #mat #botherhood

♬ original sound – Rayy – Rayy

Jawapan Azira yang cakap dia nak teh itu dan bukannya nak Sharnaaz buatkan Shukri dan Azar gelak terbahak secara tiba-tiba sebab Azira lebih memilih nak teh dari Sharnaaz.

Tak cukup dengan itu, Shukri konon nak jadi host dengan Azar untuk tanya soalan dekat Sharnaaz dan Azira tapi kena ‘sound’ dengan Sharnaaz dengan nada bergurau.

“Eh ni live aku tau, hang pula jadi host.”

IG Live tersebut diakhiri selepas Azar dan Shukri meninggalkan Azira dan Sharnaaz berdua di dalam live tersebut.

Photo6179357418455150078

Kita doakan hubungan Azira dan Sharnaaz membawa kepada perkara yang baik. Orang kata kalau ada jodoh tak  ke mana.

 

Sumber: Sharnaaz Ahmad, nvrthlsjohn

Baca:”Awat hg bisu?”- Azira Shafinaz Join Live, Sharnaaz Ahmad Tersipu Malu Diusik Shukri Yahaya

Capture 10

Sumber: mykmu
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.